Thursday, July 29, 2010

ReCp PaU MaNtAu

Assalamualaikum....


   Maaf la ye klu recp ni lambat saya post maklumla taip ckit jer dah lenguh pinggang n tegang urat tp ku gagahi gak tuk kengkawan mencuba recp nih. Cari2 dapat gak akhirnya....dan siap amik gmbr lg dimajalah tu. saya tepek recpnya di bawah.

PAU MANTAU (anggaran 20bj)

BAHAN A:
500gm tepung pau
20gm yis kering
150gm gula halus
80gm lemak sayuran(shortening)
5gm garam

BAHAN B:
300ml air

BAHAN C:
pewarna makanan - merah@hijau@oren
kertas pelapik - potong 4segi ikut saiz pau


Cara membuatnya:
1. panaskan pengukus- sebaiknya guna pengukus buluh.
2. campurkan semua bahan A dalam mangkuk adunan. Pastikan garam dan yis tidak  diletakkan berdekatan sebelum digaul. gaul bahan hingga rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit.gaul adunan dan uli hingga lembut. Adunan yg diuli  hendaklah lebih lembut dari adunan membuat roti. Sebaiknya gunakan mesin pengguli untuk mendapatkan adunan yg sekata cantik.
4. Timbang adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian. biarkan ia kembang seketika.
5. setelah itu bahagian 1 biar warna asal, bhgian 2 tmbahkan dgn warna yg disukai (warna hendaklah pekat utk mencantikkan pau) dan uli hingga warna rata keseluruh doh. Setelah itu bulatkan.

6. Terap doh putih menjadi bulat leper dan ketepikan. terap pula doh yg bewarna juga menjadi bulat dan leper. Sama saiz bg kedua-dua doh tersebut.
7. Letak doh bewarna atas doh putih, tekan supaya rata dan gulung perlahan-lahan dan ketat-ketat supaya doh benar2 melekat antara satu sama lain hinggalah ke hujung.    kemaskan bahagian hujung.

8. Potong selebar 2cm, susun atas kertas dan biarkan ia kembang sekejap (jangan terlampau kembang). Kukus selama 10-15 minit. 
 
   Ni yang dah siap, warna ijau. Boleh jer letak warna ape yg korang suke ekk...Semuanya asal dr majalah anis saya CnP. Saya pon nak try gak nanti, br je sekali wat sbb saya sorang jer yg makan...tetiba tringin plak nak buat lagi. Pepon, layannnn...

* eh! bleh ke saya tepek gmbr amik trus dlm majalah tu ekk kang kene saman plak...sudahhh. Sila komen ekk boleh ke tak?

2 comments:

indahhouse said...

Salam kak anise,
O... macam tu rupanya buat man tou. comel rupanya. rajin kak salin. Terima kasih kak, sbb tayang.
Ala kak... kalu org majalah marah, akak save draft jer. hihihi.

StarAnise>indahhouse said...

w'salam...TQ sudi komen. ok kot, lgpon ni tuk share2 kan? lgpon diorg tayang lam majalah nak terang kasi org lain faham...majalah beli bukan free hehehe.