Saturday, November 2, 2013

BISKUT COKLAT CHIP

Assalamu'alaikum...


   Raya puasa dah lama berlalu, baru sekarang ni teringin buat biskut ni. Biskut ni dah lama buat ye bukan untuk depavali hehehe, tetiba je teringin nak buat sbb sebelum ni beli chipsmore berbungkus-bungkus bila gi soping. Bila asyik belek2 blog2 n recp2 kat tenet ni, teringin plak nak cuba.

   Waktu sekarang baru ada masa nak update, asyik tertangguh je dek kerana anak2 hehehe. Huarghhhh dah ngantuk ni xleh la nak celoteh lame2... Sedap la biskut ni, suami pon kata sedap tapi anak lelaki saya C abang tu xsuke....lebih suke chipsmore....huhuhu. Xpe la janji yg lain suke dan dah habis pon 2 balang sederhana, banyak gak la dapat. Kepada yang ingin cube tu boleh tengok recp di bawah ye.... Jom layannnn :)


BISKUT CHOCOLATE CHIP
Rangup, sedap dan senang untuk disediakan.
Oleh : Che' Nom@myresipi.com

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega
1 cawan gula castor (saya guna 1/2cwn jer)
1 cawan brown sugar (saya guna 1/2cwn jer)
2 biji telur
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung (plain flour)*
2 sudu teh baking soda (sy letak 1sdt)*
1 1/2 sudu teh baking powder (saya tambah)*
1/2 sudu teh garam
2 cawan semi sweet chocolate chips
1 cawan badam cincang, bakar seketika

Cara Membuat:
1. Panaskan oven ke suhu 170C (oven sy 150, masa +- 15minit). Ayak bahan yg bertanda *
2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. 
    Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
3. Masukkan baking soda, garam, badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang       dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar. (saya sapu butter pada loyang)
5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips: Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam 

sebelum dibakar.