Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum...

   Selamat pagi jumaat semua...dah masuk 3 ari dah kite berpuase ekk, dah ade dah orang mula wat biskut raya hehehe. Biase la kan....lama xpost en3, arini post masakan yg semalam jer.
Tepung pelita  
    Semalam teringin plak nak wat nih, pas jelajah blog2 nampak recp nih kat umah k.yati. Try la buat menjadi n senang plak tu n yg pentingnya sedap....mintak halal CnP kat cni ek kak, tuk sesape nak mencubanya...jom layannnn.

TEPUNG PELITA (dr blog k.yati, asal dr yani MYR)

Bahan A

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan gula
* 5 cawan air
* 4 helai daun pandan dikisar
* pewarna hijau atau esen pandan
* 1 sudu kecil air kapur

Bahan B

* 4 sudu besar tepung beras(rata)
* 4 cawan santan
* sedikit garam

Cara-cara

   1. Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
   2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
   3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
   4. Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati  dan ketepikan.
   5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
   6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
   7. Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.