Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

DoNuT YoGuRt BaLL

Assalamualaikum...


   Donut ni buat semalam, memandangkan ada lg yogurt berries buat jer hehehe. Recpnya hasil intipan blog izah daut yang famos ngan mappin tuuuu :) TQ izah n sumber2 yg sewaktu dengannya, sedap n mudah nak buat.  Mintak ijin CnP cni plak ye....Jom layannn ;)

DONUT YOGURT
sumber: nollyarwen@myR
resepi asal : vediojug.com
CnP: izah daut


250 gm tepung gandum
80 gm gula *saya letak 3 sudu makan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
125 ml plain yogurt
1 sudu besar yis segera * saya guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
20 gm butter dicairkan
*saya tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak untuk menggoreng


* resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya:

    Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
    Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
    Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
    Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
    Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
    Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! =)

*saya jemputkan aja dengan tangan. Memang mudah dan sedap!!


Saya letak inti coklat yang dibuat semalam gak, yum2 lagi sedappp :)

Thursday, April 21, 2011

DoNuT Ubi KeMiLi

Assalamualaikum...

    Petang tadi wat donut nih, sian ubi kemili dlm peti es tu xde sape nak makan. Sayang nak buang, amik recp donut kentang tukar ngan ubi kemili...recpnya xtau sumber mane lupe plak nak tulis dr mana. Pepon tgok la recp simple ni...
Donut Kentang

Bahan:
4 cawan tepung gandum - saya buat 1/2 adunan cmpur ubi kemili, 1/2 lg biasa
3 sudu besar marjerin @ butter
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam
1 cawan air
1 paket yis
1 biji kentang (rebus&lenyek) - saya ganti ubi kemili 1/2 cawan
* saya gune air suam + yis bg berbuih br cmpur dgn tepung

caranya:
Blender semua bahan kecuali tepung, pastu uli dengan tepung dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2-1jam. Selepas tu terap atau bentuk ikut suka dan goreng hingga keemasan dan gaul dengan gula halus.



Menu lepas2, Char koey teow sos penang mari...


 Bubur kacang wif durian