Monday, February 8, 2010


‘Why I Like It Longer’
Wow! Inilah telefon bimbit yang aku idam-idamkan selama ini....rekabentuknya yang 'simple' dan menawan, ramping  seperti model dan mempunyai ciri-ciri teknologi yang canggih. kalaulah aku dapat telefon bimbit nie....tidak akan ku ganti dengan yang lain. LG Chocolate BL40 dapat menghubungkan aku dengan kawan-kawan di mana jua mereka berada, dengan jaringan internet yang semakin meluas sekarang ni dapat la aku berhubung dengan mereka walaupun berada di kampung semasa bercuti. Tidak lagi bersusah-payah bawa komputer riba yang besar gedabak tuuuu hahaha.


Dengan keluasan skrin sesentuh 4" memberi gambaran yang lebih luas untuk bergambar beramai-ramai dan semua maklumat hanya di hujung jari....rasa begitu teruja untuk mendapatkannya. Melihat pada namanya LG Chocolate BL40 mengingat aku pada coklat kegemaran yang penuh dengan bahan-bahan yang berkualiti dan rasanya, Mmmm.....yummy...

Mungkin inilah timbulnya ilham bagi pereka telefon bimbit ini. Ini satu kelainan yang tidak terdapat pada telefon bimbit jenama lain dan juga melihat kepada pemilihan golongan sekarang yang inginkan sesuatu yang ringkas, menawan, bergaya serta mudah untuk mengendalikannya.


Hah! boleh juga aku menonton movie selepas ni, tak payah nak beratur nak beli tiket. Dekat rumah pon bolehhhh bersama keluarga. Tontonlah sepanjang mana cerita yang anda inginkan.


Eh! macam sama jer bentuknya kan....same tapi tak serupa hahaha. xpe, yang penting isi dalamnya mengagumkan. Mudah-mudahan kau menjadi milikku wahai LG Chocolate BL40 dan terus bersamaku sepanjangggggg masa. Kalau dapat kedua-duanya sekali, lagi bagus...wahaha.