Thursday, May 19, 2011

AyAm GoReNg DaN NaSi LeMaK

Assalamualaikum...

    Nie set makan tengah hari dan malam ni. Ayam tu cube recp k.DJ, sedapppp. Asben request pagi tadi sebelom gi kerja, senang kalau bgtau camtu xyah nak pikio nak masak ape arini. kalau masak yang die xmakan kang saya sorang je yg makan lgpon memang peberet dia sambal...ari2 sambal pon ok janji ada ikan masin he3. K. DJ mintak ijin CnP recpnya ya...jom layannn kene cepat2 kang anak bangun :)

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

MeNyiPuT

Assalamualaikum...

   Lama saya xbersiaran kan? hehehe...senarnya saya xsihat, anak2 pon turut sama batuk n selesema. Tak ade mood nak post tapi masak tetap masak kan sebab kelaparan semua n masak pon yg simple2 jer.
    Semalam menyiput la saya ngan anak pompuan n seronok dia nak tolong he3. Lagipon semua suke kudapan ni, sekali hadap jer dah nak abis. Sedikit jer satu adunan tu n nak try dulu sedap ke tak recp diambil dalam buku yg dah lame beli...nanti ye recpnya, anak dah bangun n mula nangis2.

Kuih Siput
sumber: aneka hidangan snek oleh Sa'adiah Mohamad


bahan2:
3 cawan tepung gamdum
1/2 cawan marjerin
120ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1 biji telur - dipukul
1 sudu kecil gula halus
1/2 sudu kecil garam
sedikit daun kari - digoreng dan ditumbuk
5 ulas bawang merah*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
(ketiga bahan bertanda ni ditumbuk)
minyak untuk menggoreng


Caranya:
  1. Satukan tepung, garam, gula, marjerin, telur, daun kari dan bahan tumbuk. gaul sebati.
  2. Tuangkan santan dan gaulkan hingga sebati dan uli adunan ini hingga lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan gelekkan atas acuan. goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan....