Assalamualaikum...
Macam biskut plak jap ade jap xde hehehe. Harini nak post en3 yang lepas2 yang xsempat nak post. Ade la 2-3 menu yang lom post...maklum la bz memerap anak kecik yang manja nih hehehe. Tido pon dah xmenentu dah sekarang sampai dah blur otak ni tp nak buat camne kan, budak kecik....sabo jer la.
Lame dah menu nih masuk list, baru dapat buat. lapisan bawahnya letak lebihan kek marble cheese brownies....adunan lebih la plak buatnya. Lapisan atas plak saya guna serbuk agar2 ja xde jelly dan xde buah-buahan kat dalam tu.
Strawberi tu kebetulan adik balik dr kg dan singgah kat camron highland, pe lagi pesan la buah stoberi nih jd la hiasan kan....xla secantik yg org lain buatnya. kalau letak dlm gelas kecik2 comel kan? try lagi la nanti. Jom layannn... :)
Opsss lupe plak, recpnya saya amik kat blog k.Nor tu....akak, saya CnP kat cni ek. Terima Kasih...pepon memang sedap puding nih.
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk agar2 ~ yg ni K.Nor tambah
Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk. (campurkan sekali serbuk agar2)
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.