Wednesday, August 4, 2010

Assalamualaikum...
 
 
   Semalam jelajah blog kengkawan terjumpe la recp karipap bakar ni, kebetulan teringin nak wat karipap. Suruh asben beli kentang n pg td try wat n ni la hasilnye...saya ni xpandai nak klim2 tu, main hentam jer n xmenarik kan? tp rasanya yg rangup tu lebih dr rupenyer hehehe.
   Recp ni tengok kat blog Watiermanlife n copy paste kat blog chetam. Mintak halal ekk...tuk CnP kat cni....boleh la sesape nak mencube versi nih sbb slalunye buat yg versi goreng kannnn. Jom layannn....

Karipap Versi Bakar (dari blog chetam)

Bahan untuk Pastri
100gm plain flour
50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour)
40gm butter
40gm shortening (kalau tak de, guna butter)
1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water
1/4 tsp salt

Cara-cara :
1. Masukkan garam ke dalam campuran tepung.
2. Masukkan butter dan shortening ke dalam campuran tepung, gaulkan hingga menjadi bread crumbs. Maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.
3. Tambakan telur yang telah dipukul sedikit sehingga menjadi doh. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar nanti. Jangan diuli doh tu, kerana terlalu kerap dipegang akan menjadikan doh ni keras dan tak sedap.
4. Balutkan doh dalam cling wrap dan biarkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Dah cukup 30 minit, keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bebola sebesar limau purut atau ikut suka hati.
Tips : Bentukkan bebola ini menggunakan cling wrap supaya tak melekat pada penggelek atau meja.
6. Masukkan inti (ikut suka hati la, nak letak sardine ke, ayam atau daging) di tengah-tengah dan bungkus elok-elok. Pas tu buat la kelim kat tepi dia macam karipap tu atau kalau anda suka, tekan tepi karipap ni dengan garpu so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. Last sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. Kalau nak goreng, tak payah le buat ni.
7. Masukkan kat dlm oven and bakar pada 150 C for 20 minit.

Karipap ni memang sedap. Bila makan, pastrinya berderai jer macam yang kat bakeri. Chetam tak pernah goreng cuma bakar so karipap ni tak berminyak langsung.
Cuba.........jangan tak cuba.

P/S Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir. Lupa pulak nama penyumbangnya.