Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

AYAM PERCIK KAMPUNG

Assalamualaikum...

   Arini en3 yg tertangguh ye...xde yg baru lagi. Ni pon yg ari sabtu lepas, post kek dulu aritu hehehe. ye la sbb kek sedap kannnn hehehe, ayam percik nih kuahnyer buatan kampung. Lame kuah ni masa raya aritu lg bawak balik dr kg hahaha tp saya simpan dlm freezer biar keras lgpon masak lame kuahnya lmbat la basi.

  
   Ayam ni kalau bakar gune arang or sabut baru la best tp saya guna grill pan jer...xguna oben pon, cepat ckit. Tergaring ckit kat kulitnya tu, kalau kat kg ayam nih pemes time bulan puase sbb ada yg jual guna recp nih. 




   Kalau raya pon family saya suke guna kuah ni sbb sedap. Recp ni tuk 3ekor ayam jd pandai2 la agak2 ek kalau nak buat ckit, Jom saya kongsi recpnya di sini....Layannnn :))


SOS AYAM PERCIK

Bahan2: 
3 ekor ayam (potong saiz ikut kesukaan masing2)
1 sudu jintan manis*
10 biji bawang merah*
10 ulas bawang putih*
3 labu bawang besar*
10-15 tgkai cili kering* - boleh lebihkan klu nak pedas
santan
sos cili
2 biji lobak merah*
50 sen halia* (brape cm ek hehehe sya ikut jer recp yg ado ni)
Garam dan gula secukupnya...
minyak secukupnya

Caranya:

1. Ayam dilumur kunyit sedikit dan dikukus separuh masak. boleh gak letakkan serai dan halia dlm air kukusan kalau nak, klu xnak pon xpe...
2. Mesin semua bahan yg bertanda dengan minyak masak dan campurkan santan dan sos cili. Masak hingga sebati dan pekat, perasakan dengan garam dan gula.
3. Celupkan ayam td dalam sos dan bakar hingga masak. masa bakar tu klu kering kuahnya percik2 lg... siramkan sos yg lebih tu atas ayam yang dah masak waktu nak makan...:)

# santan dan sos cili ikut selera masing2 la ye klu nak yg berlomak lebih la santan dan sos cili pon ikut selera masing2. Mak saya buat pon agak2 katanya, dan sos ni rasanya manis2 pedas gitu...(xla manis sangat k)

Sunday, June 12, 2011

MeMeRciK LaGiiii

Assalamualaikum...

Ayam Percik  

   Amboi3 baru sekarang leh update blog. Sejak balik dari kampung ari selasa tu xleh nak online, baru je on laptop anak kacau. Ditambah pula penat balik lom abis lagi, lagi laaaa malas nak update tp masak tetap kene masak :) Tengok jer la ek, masakan lepas ni. Ayam percik ni recp Ayam goreng berkuah percik sebenarnya tapi dibako....Jom layannn :)

Wednesday, June 1, 2011

MaKaN aLa ViEtNaM

Assalamualaikum...

    Nak post n3 pon lewat 1-2 hari. Kadang2 kalau lewat ckit jer dah malas nak post en3, subuk ngan anak2 sampai terlupe :) sedar2 dah tengah malam. Ni recp semalam VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN, panjang gak namanya kan. Tengok kat blog izah, katanya sedap jadi bahan semua dah ade, try la n memang sodap. nampak cam masak kicap kan sebab anak tanye, 'ibu, ni ayam kicap ke?' hehehe. Pepon jom layan....:)


VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
sumber: tulip77@myR
cNp: blog izah

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.




Wednesday, May 25, 2011

AyAm GoReNg PeRciK BeRkUaH

Assalamualaikum...

   Asalnya ayam ni nak buat masak kicap jer, sedang BW jumpe menu ni kat umah mas. Terus tukar menu hehehe. Lagipon bahan semua dah dan senang plak, buat dalam 7 ketul jer. Suami balik keje petang tadi makan sedap katanya. Si kakak makan telur kicap jer sblom tu, pas suami saya suapkan ayam tu trus nak meratah . 3 ketul die makan sedangkan tadi xnak....lain kali nak try bako la plak. Tima kasih mas kongsi recp yg sedap ni, jom layannn :) mintak ijin CnP mas yea...

Ayam Goreng Percik Berkuah
Resepi : Oshin@myresepi.com
Cnp: mas Duniaku

Bahan ( 6 - 8 orang makan ) :
Bahan A

    1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau  garing)

Bahan B ( dikisar ) :

    6 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    15 tangkai cili kering - dikisar ( ikut pedas )

Bahan C :

    1 biji kelapa - diambil santannya (Mas letak susu cair)
    2 batang serai - dititik
    asam keping - 4-5 keping
    gula dan garam secukup rasa
    1/2 kiub ayam - Mas tambah


Cara memasak :
 Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan.
 Kemudian tumiskan bahan2 kisar ( Bahan B ) hingga wangi,
 Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang dititik dan tumiskan hingga naik minyak
 Masukkan santan, ayam goreng, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula          secukup rasa. Letakkan     1/2 kiub ayam. Kacau sebati.
 Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.


 

Thursday, May 19, 2011

AyAm GoReNg DaN NaSi LeMaK

Assalamualaikum...

    Nie set makan tengah hari dan malam ni. Ayam tu cube recp k.DJ, sedapppp. Asben request pagi tadi sebelom gi kerja, senang kalau bgtau camtu xyah nak pikio nak masak ape arini. kalau masak yang die xmakan kang saya sorang je yg makan lgpon memang peberet dia sambal...ari2 sambal pon ok janji ada ikan masin he3. K. DJ mintak ijin CnP recpnya ya...jom layannn kene cepat2 kang anak bangun :)

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Thursday, April 21, 2011

AyAm BeReMpAh

Assalamualaikum...

    Arini wat ayam berempah ni, recp dari biras. Dah xtau nak masak ape ek, mmm...makan ayam n kari ikan arini. Kari biase2 jer xyah la letak :) Bahan2 pon simple n cepat nak buat cume klu nak lebih sedap perap lame ckit. Recp nanti update anak dah bising ni hehehe. Pepon, jom layannn

Ayam Goreng Berempah
sumber: K.ana (biras)


Bahan: Aggaran


10 ketul ayam
1 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sidu besar rempah kari
sedikit kunyit hidup
1 biji telur
cili padi ikut citarasa
garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung (untuk salut ayam)
* kisar semua bahan, gaul dengan ayam dan perap sekejap (lg lama lg bagus). Goreng dgn minyak banyak (tenggelam ayam) hingga kekuningan n masak.

Monday, March 21, 2011

ChiCkEn In BLaCk

Assalamualaikum...
   Dah malam baru nak post en3 ekk n tajuk pon lain macam jer hehehe. Sebenarnya wat ayam madu sticky tapi jd cam nih,
bukan ape, letak kicap pekat tu yang itam lebih ni hehehe. Resipinya amik kat blog k.hana, mintak ijin CnP ekk...pepon sodap giteww leh mkn ngan nasi ayam nih.

RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
   Ni plak kerapu masam manis tuk asben, wat gune sos sweet sour life jer sonang hehehe. Pepon, jom layannn....

Friday, February 18, 2011

AyAm GoReNg RaNgUp SoS LeMoN

Assalamualaikum...


   Masakan ni dah lame buat cume xsempat nak post sebab anak kecik meragam...Asalnye nak buat chicken popcorn cam k.hana n izah wat tu tapi breadcrumb lak xcukup, cikit sangat. last2 wat ni la tengok kat dalam majalah wanita taun bile tah dah lame. Klu nak wat cam popcorn tu pon leh gak cume kita wat jer sos lemon tu...Recpnya nanti2 la ekk, xsempat la nak taip. Pepon, layannn...
 

Thursday, July 15, 2010

Assalamualaikum...

   Hah! dah tengahari br nak post en3 ekk hehehe. Malas nak crite panjang2 jom layan menu semalam yg xsempat dipost. Biasa le lptop ni kene konker leh cik puan kecik, dok melayan camera ja posing n melompat sana-sini. Aduhhh penin2, semalam wat padprik ayam n cheese cake yg kepingin nak makan. alhamdulillah....tertunai gak ajat tu. Pepon, jom layan tp cheese cake xde la gmbo sbb dah penah wat kat en3 yg lepas2...Wassalam.

Padprik Ayam
 
Ayam Goreng Tepung (tepung beli kat pasar mlm, akak tu jual aym goreng n tpg sekali)

Sunday, March 7, 2010

SaNtAi D rUmAh JeRrrrr

Salam semua....
   Hari nie xke mane2 just dok umah jer...pagi td aku sorang jer kuar gi pasar beli ikan. Asben n anak malas nak ikut lgpon klu ikut kan leh tolong milih ikan ponnn. Pg td kuar kol 8, slalu awal lg kol 7.30 gitu. Bukan ape bab paking-memaking nih lom cekap sbb dah hampir 9thn xbwk kreta maklum ler pas jer amik lesen, kreta plak xde nak bawak hehehe.
   Menu hari nie pon simple jer tgok kat blog orang, sbb pas balik dr pasar makan bubur nasi n semua masih kenyang jadi petang nih wat simple-dimple jer la...jom layan.

   Tauhu kukus sos pedas tu aku cuba recp dari blog k.hana, simple je n sedap cuma kuah jer ckit hehehe. Ayam tu plak aku cuba recp dari buku masakan chef hanieliza, ayam percik namanyer tp aku panggang dlm grill pan jer. Klu panggang atas arang lg bestttt. Ops! air tu plak air pegaga buatan sndiri hasil tanaman kat depan umah tu....ade la kebun kecil ngan tanaman daun pandan, daun kari, cili, kesum, buah naga, serai, lengkuas, kunyit n halia yg xmenjadi hahaha. Lain kali la aku snap kebun kecil tu ekk...layan....