Wednesday, May 25, 2011

AyAm GoReNg PeRciK BeRkUaH

Assalamualaikum...

   Asalnya ayam ni nak buat masak kicap jer, sedang BW jumpe menu ni kat umah mas. Terus tukar menu hehehe. Lagipon bahan semua dah dan senang plak, buat dalam 7 ketul jer. Suami balik keje petang tadi makan sedap katanya. Si kakak makan telur kicap jer sblom tu, pas suami saya suapkan ayam tu trus nak meratah . 3 ketul die makan sedangkan tadi xnak....lain kali nak try bako la plak. Tima kasih mas kongsi recp yg sedap ni, jom layannn :) mintak ijin CnP mas yea...

Ayam Goreng Percik Berkuah
Resepi : Oshin@myresepi.com
Cnp: mas Duniaku

Bahan ( 6 - 8 orang makan ) :
Bahan A

    1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau  garing)

Bahan B ( dikisar ) :

    6 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    15 tangkai cili kering - dikisar ( ikut pedas )

Bahan C :

    1 biji kelapa - diambil santannya (Mas letak susu cair)
    2 batang serai - dititik
    asam keping - 4-5 keping
    gula dan garam secukup rasa
    1/2 kiub ayam - Mas tambah


Cara memasak :
 Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan.
 Kemudian tumiskan bahan2 kisar ( Bahan B ) hingga wangi,
 Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang dititik dan tumiskan hingga naik minyak
 Masukkan santan, ayam goreng, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula          secukup rasa. Letakkan     1/2 kiub ayam. Kacau sebati.
 Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.


 

2 comments:

Mas said...

bestkan ayam goreng percik ni...
sedappp...
maceh sudi mencuba....

StarAnise said...

mas, yup sedap...suami suke :) lain kali leh bako plak. klu nak jamu kwn2 mkn pon leh wat ni, senang giteww hehehe.