Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

iKaN TeMpRa NyOnYa

Assalamualaikum...

    Lauk ni buat semalam tp xsempat nak post...ni br nak post xpe kan hehehe. Sedap la, simple jer. Mulanya ingat nak goreng jer tp lepas intai2 blog jumpe recp ni, trus nak buat :) Lupe plak nak letak cili mesin ckit dan xletak kicap cam k.ummi sebab goreng jer ikan tu trus dah gelap, banyak kot asam saya lumur ikan tu hehehe. Pepon, jom layannnn :)

IKAN TEMPRA NYONYA
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen 
CnP: blog k.ummi

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni)
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang putih - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Tuesday, May 24, 2011

NaSi oh! NaSi

   Assalamualaikum...harini sarapan beli je nasi kerabu nih. Lama dah tringin nak mkn sejak abis jer pantang...sedap nasi nie. Sekali ngan ayam berempah RM3.50, murah kan? Layan jer ek menu yg dah anis ni hehehe.

    Ni plak masak asam ikan kembong semalam, mkanan peberet saya.  suke bawang banyak2 hehehe. Pepon jom layannnn :)

Sunday, May 1, 2011

SiAkAp 3 RaSa

Assalamualaikum...

   Selamat malam semua...br jer dpt online dah bangun anak dr tido. kejapnye dia tido...masak siakap 3 rasa lagi versi goreng ikut recp k.nor plak. Sedap....asben suke plak makan siakap skrg nih, tu ade lg seko bila plak nak masak he3. TQ k.nor, saya tepek recp kat cni ek...
SIAKAP STIM 3 RASA by Norzailina Nordin
sumber: Ummi Kuantan

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-

1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis)- saya pon
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ tak ada stok, ganti dgn sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


## K.Nor skip bab mengukus tu sbb kali ni K.Nor buat versi goreng. Jadi lumurkan garam dan serbuk kunyit jer pada ikan dan goreng hingga masak/garing.

Saturday, April 16, 2011

SiAkAp 3 RaSa

Assalamualaikum...

    Arini asben kata masak ikan siakap recp kat majalah anis, jadi ini la hasailnya. Asben kata sedap, 3 orang makan dah nak abis. Malam ni nak makan ape plak ek, sekor ikan xsampai 1 ari dah abis hehehe. Pepon, jom layannnn

Ikan Siakap Tiga Rasa
Recp asal : Anisani Village Resort
Sumber: Majalah Anis

Bahan A :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan dikelar
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
* perap sekejap dengan garam kemudian goreng, angkat dan ketepikan.

Bahan B :
6 tangkai cili api-dihiris halus
3 tangkai merah-dihiris halus
3 biji cendawan kering-direndam dan belah 2
1 biji bawang besar-dihiris
sedikit stok(air rebusan)ayam
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
6 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia (sebesar ibu jari)
5 batang serai
3 biji asam masin(boi)-buang biji
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili, sos tomato,sos tiram dan sos plum(setiap satu dua sudu)
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Hiasan:
Hirisan daun bawang, lobak merah dan timun

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan stok ayam dan cendawan.
2. Apabila kuah dah pekat, masukkan hirisan cili padi dan cili merah, hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila kuah masak sempurna tuang atas ikan dan hias dengan daun bawang, timun dan lobak merah...