Friday, August 20, 2010

Assalamualaikum....
 
  

   Nie la menu semalam, burger mesia n ikan pekasam. Burger mesia tu try recp dr blog izah muffin n cik Mat kita tu...kat blog izah guna air biasa n cik mat gune susu segar. memandangkan ada susu lebih so, saya letak susu n gune tepung roti yg ade ckit lagi tu. Klu sesape nak try leh la klik link tu ekk. 
   Pekasam tu plak mkn dengan nasi lemak. Pekasam dari kampung, alhamdulillah....sedap. Nasi lemaknya cam biasa la ekk semua orang dah 'terror' wat hehehe. Pepon jom layannn....

Thursday, August 19, 2010

En3 TaK bErGaMbAr

Assalamualaikum....
 
   Selamat pagi semua....awal plak arini post entri, tah tetibe rasanya nak menaip. Mmm...arini xde gembar masakan sbb masak biase2 je. Semalam wat nasi goreng oregano amik dr blog k.ummi home sweet home, sedap tp anak n asben mkn ckit je...nasib le wat ckit n setengah lg wat nasi goreng ikan masin. Nak amik gambar bateri kamera plak abis, anak la tu suke main2 sampai abis baterinya so xsempat nak bergambar. Klu sesape nak try recpnya boleh la klik link k.ummi tu ye....pepon, cau dulu hehehe.

Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum...

   Selamat pagi jumaat semua...dah masuk 3 ari dah kite berpuase ekk, dah ade dah orang mula wat biskut raya hehehe. Biase la kan....lama xpost en3, arini post masakan yg semalam jer.
Tepung pelita  
    Semalam teringin plak nak wat nih, pas jelajah blog2 nampak recp nih kat umah k.yati. Try la buat menjadi n senang plak tu n yg pentingnya sedap....mintak halal CnP kat cni ek kak, tuk sesape nak mencubanya...jom layannnn.

TEPUNG PELITA (dr blog k.yati, asal dr yani MYR)

Bahan A

* 1 cawan tepung beras
* 1 cawan gula
* 5 cawan air
* 4 helai daun pandan dikisar
* pewarna hijau atau esen pandan
* 1 sudu kecil air kapur

Bahan B

* 4 sudu besar tepung beras(rata)
* 4 cawan santan
* sedikit garam

Cara-cara

   1. Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
   2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
   3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
   4. Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati  dan ketepikan.
   5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
   6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
   7. Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.


Sunday, August 8, 2010

Assalamualaikum...

Sarapan pagi nih, koey teow goreng basah.

   Pau mantau wat ari jumaat petang n mkn sarapan pg sabtu sbb nak kuar KL. Tak same la kan...cam yg beli tu, ini dah rupe cam pau siput plak hehehe tp klu mkn panas2 n cicah plak ngan sambal ke perghhhh sodappp hahaha. Pepon, layannnn....

Friday, August 6, 2010

KARIPAP LAGI...

Assalamualaikum...

sebelom digoreng
Selepas digoreng
    Hari nie sarapan karipap lagi...aritu try wat karipap bakar, abis gak la smpai malam makannyer...anak sampai xmkn nasi hehehe sedap la kot. Nak mengabiskan inti tu, wat la yg goreng ni plak. Semalam wat donut kentang, sedap la. Tuk anak letak topping coklat, sampai pg nih dia mkn sbb ade lagi 3bj n semlm pon dia xmkn nasi...kenyang mkn kuih hahaha.

    Ni la rupanya, nak2 plak mkn time panas2 + ngan kelaparan pergh....maunya 5bj leh abis hahaha. Tengok recpnya kat bawah ek, mintak ijin k.Suzi ek tuk CnP dr blog sape tah saya amik link ni...sori lupe plak. Nanti saya letak linknya k...pepon, jom layan....

Donat Kentang (blog k.suzi-recp dan cerita perantau)

    * 4 cawan tepung gandum
    * 3 sudu marjerin
    * 3 sudu susu pekat
    * 1 susu kecil garam
    * 1 cawan air
    * 1 peket yis
    * 1 biji kentang (rebus n lenyek sekuat hati hehehe…)

   1. Blend sume bahan tu (kecuali tepung).
   2. Then uli n simpan dlm peti sejuk selama 1/2 jam hingga 1 jam.
   3. Lps tu puan2 blh la bentuk2an seperti donat (atau bentuk2 lain yg puan2 suke). kemudian goreng la sehingga kuning keemas-emasan.
   4. Setelah itu blh la puan2 gaul dlm gula halus sesedap rasa.u
 

Wednesday, August 4, 2010

Assalamualaikum...
 
 
   Semalam jelajah blog kengkawan terjumpe la recp karipap bakar ni, kebetulan teringin nak wat karipap. Suruh asben beli kentang n pg td try wat n ni la hasilnye...saya ni xpandai nak klim2 tu, main hentam jer n xmenarik kan? tp rasanya yg rangup tu lebih dr rupenyer hehehe.
   Recp ni tengok kat blog Watiermanlife n copy paste kat blog chetam. Mintak halal ekk...tuk CnP kat cni....boleh la sesape nak mencube versi nih sbb slalunye buat yg versi goreng kannnn. Jom layannn....

Karipap Versi Bakar (dari blog chetam)

Bahan untuk Pastri
100gm plain flour
50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour)
40gm butter
40gm shortening (kalau tak de, guna butter)
1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water
1/4 tsp salt

Cara-cara :
1. Masukkan garam ke dalam campuran tepung.
2. Masukkan butter dan shortening ke dalam campuran tepung, gaulkan hingga menjadi bread crumbs. Maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.
3. Tambakan telur yang telah dipukul sedikit sehingga menjadi doh. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar nanti. Jangan diuli doh tu, kerana terlalu kerap dipegang akan menjadikan doh ni keras dan tak sedap.
4. Balutkan doh dalam cling wrap dan biarkan dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Dah cukup 30 minit, keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bebola sebesar limau purut atau ikut suka hati.
Tips : Bentukkan bebola ini menggunakan cling wrap supaya tak melekat pada penggelek atau meja.
6. Masukkan inti (ikut suka hati la, nak letak sardine ke, ayam atau daging) di tengah-tengah dan bungkus elok-elok. Pas tu buat la kelim kat tepi dia macam karipap tu atau kalau anda suka, tekan tepi karipap ni dengan garpu so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. Last sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. Kalau nak goreng, tak payah le buat ni.
7. Masukkan kat dlm oven and bakar pada 150 C for 20 minit.

Karipap ni memang sedap. Bila makan, pastrinya berderai jer macam yang kat bakeri. Chetam tak pernah goreng cuma bakar so karipap ni tak berminyak langsung.
Cuba.........jangan tak cuba.

P/S Resepi ni Chetam dapat dari Restoren Pak Amir. Lupa pulak nama penyumbangnya.

Monday, August 2, 2010

Assalamualaikum...

   Dah 3ari xpost en3 bukan ape rase malas tetiba n dah anak plak dok guna lptop ni...biasa la bila perut dah makin membesar ni asyik mengah jer tu yang malas nak gerak cepat2. Pepon jom la layan menu lepas2 n sarapan pg ni....
Bubur durian, bekpes pg ni. wat ckit jer sbb sorang je yg nak mkn... 
Kepak goreng berempah, recp chef hanieliza.
Kek coklat tanpa telur, recp dari blog Dayang Jack.
Kepingin cempedak goreng, dah dapat...kenyang makan banyak.