Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

MaRbLe ChEeSe BrOwNiEs

Assalamualaikum....
   Baru la leh post arini, masak dah banyak kali xsempat nak post en3. Meh la nengok masakan semalam n lepas2 la ekk.
Dah jadi marble cheese cake da...


Ayam Gajus
   Kek tu saje je wat dalam springfoam sebab nak cepat n anak plak sedang tido. Kalau wat dalam loyang empat segi tu cantik la, xpe nanti leh cube wat lagi sbb asben n anak suke lagi la kalau ade cheese. Yang Kat bawah sekali tu ayam gajus recp dari chef hanieliza, recpnya nanti ek. Kita tengok dulu recp Marble cheese brownies ni, mintak CnP ye cik manggis....

 MARBLE CHEESE BROWNIES 
www.mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
   Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper.
    Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Saturday, February 26, 2011

BrOwNiEs LaGi....

Assalamualaikum...

Brownies Mudah
    Hah! arini baru dapat update. Banyak gambar masak dah snap tp xdapat update, mmm...anak kecik la katakan hehehe. Brownies ni br wat swmalam hasil jelajah blog ke blog, nampak recp nih kat bloh k.hana. Memandangkan sonang by2 dan skrang nih dah jadi antu kek coyat, trus wat semalam. Dapat ckit jer la sbb wat satu adunan jer tapi....memang best la, moist.
   Recp ni diamik kat blog k.hana, CnP ekk kak...jom tgok recp n try wat k. Bleh juge tgok recp n gmbr yang cun kat cni.

RESEPI BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

    * 6 sb serbuk koko
    * 1/4 cawan mentega cair (saya guna minyak jagung)
    * 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
    * 1/2 sk vanilla
    * 1/4 sk garam
    * 1/3 cawan tepung gandum
    * 2 butir telur
    * 1 cawan kekacang - optional

Cara-cara

1.Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang       empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
2. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
3.Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
4. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Sunday, February 6, 2011

BrOwNiEs

Assalamualaikum...
   Hari ni cube wat brownies, amik dari dapur mamasya. Sedap n asben pon suke TQ mamasya...klu sesape nak recp leh tgok kat cni... xnak cakap banyak layannn :)