Tuesday, February 7, 2012

PUDING KARAMEL CHEESE CAKE

Assalamualaikum...

   Selamat tengah hari semua....kejap tenggelam jap timbul kan en3 blog saya ni hehehe. Mmmm ni pon nak post en3 yang lepas2, nak masak xboleh jd makan makanan segera je n apo yg ado. Kalau buat kek n kuih muih tu boleh la, jadi arini nak post en3 kek karamel yang saya buat malam sabtu lepas.


  
   Kali ni saya buat puding tu tebal dan cheese kek plak jd nipis ckit sebab saya guna loyang 8 inci. Tak canti la plak puding tu kan? mungkin lame kot anak pompuan saya kacau...maklumla time tu buat pon lewat gak sbb anak kecik saya lom tido. Dah tu byk plak step nak kena ati2 kang xmenjadi plak...hehehe.



   Ni plak yang dah dipotong, memang sedap la nak2 kalau time sejuk2 perghhh sejuk tekak ni dikala waktu panas2 sekarang. Maunya 2-3 potong sekali makan dan bertambah la lomak2 dalam badan ni hahahaha. Recpnya saya nengok kat blog annaqawina ni tapi namenya saya letak biasa je xmacam anna sedap name kek die...Terima kasih anna recp kek ni. Sedap sangat n ahli kuarga saya suke sbb ada cheese. Bahagian  puding plak saya amik kat blog citarasawan, K1 buat kek oren puding karamel tebal kek dan pudingnya.  Terima kasih juga buat K1 atas recpnya....Saya letak kedua-dua gabungan di sini ye untuk rujukan akan datang bila teringin palk nak buat, Jom layannnn :)


PUDING KARAMEL CHEESE CAKE
CnP: blog citarasawan & Annaqawina

Langkah 1 : Gula Hangus
1 1/2 sudu besar gula pasir
Loyang 8 inci

Cara-cara :
1. Tabur gula pasir di dalam loyang dan masak dengan api perlahan hingga menjadi gula hangus tanpa mengacaunya. Tutup api, goyang loyang kiri kanan untuk meratakannya.   Biarkan sejuk dan keras. Ketepikan.
2. Sediakan bahan Puding (Langkah 2) :

Langkah 2 : Bahan Puding
200ml susu cair
200ml thickened cream / double cream (saya guna susu cair)
100gm gula kaster
1 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur (Asingkan 3 putih telur untuk meringue)
2 biji telur

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan puding, kocok perlahan, jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus (Langkah 1). Ketepikan.
2. Sediakan Adunan Kek (Langkah 3):

Bahan Kek :
(A)
    125 grm cream cheese
    25 grm butter
    50 ml susu segar (30 ml susu cair + 20 ml air) (saya guna susu cair)
    3 biji kuning telur
    1/2 sudu besar esen vanila / jus lemon
    secubit garam
    10 grm tepung jagung
    30 grm tepung gandum *ayak tpg gandum 2/3 kali

(B)
    3 biji putih telur
    70 grm gula kastor
    1/3 sudu kecil jus lemon / 1/2 sudu teh cream of tartar *optional..Ana skip bhn ni
     (saya guna cream of tartar)

Cara Buat Kek :

    1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair,     sejukkan adunan cream cheese tu td. 
   2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam , jus lemon/esen vanila gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj). 
    3. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon/c.o.t, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula, pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  
   4. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati.  Bahagi adunan kek kepada 2 bahagian, 1 bahagian letak pewarna kesukaan, 1 bahagian lagi dibiarkan kosong je.
    5. Sendukkan 3 sdbesar adunan kek bewarna ditepi loyang, letak lagi 3 sdbesar adunan kosong (ungu-putih-ungu-putih), cara macam ni kena buat cepat2 sebab dasar kek atas karamel tu akan membuatkan kek cepat merebak memenuhi ruang.
    6. Lapisan ke 2, adunan diletakkan bertompok, sudukan 2 sdb adunan berlainan warna atas adunan yang dibawahnya . Buat sampai habis...(marble tu boleh buat ikut citarasa masing2)

7. Bakar kek kira-kira 1 jam 10 minit dengan suhu 160-165'C, dgn cara waterbath,  menggunakan api bawah sahaja selama 1 jam & kemudian api atas bawah untuk 10 minit terakhir *Blh juga guna api atas bawah sepenuhnya. Suhu & masa yang digunakan bergantung kepada oven masing2 . (suhu oven saya 160 darjah, 1jam. guna api atas bawah, bila atas kek dah perang ckit, tukar api bawah sahaja...)
 8. Biarkan kek didalam loyang selama 20 minit-30 minit kemudian sisip tepi loyang agar semua bahagian puding & kek renggang sepenuhnya, terbalikkan atas papan kek, tunggu sejuk kemudian bolehla disapu blueberry topping. Tak letak topping pon dah sedap...