Thursday, May 5, 2011

ApAm BeRaS

Assalamualaikum...

   Pagi ni sarapan apam ni, buat semalam. Fuh! nasib la menjadi, walaupon xtersengeh sangat senyumnanya tp lembut. Alhamdulillah....dapt la lebih kurang 30bj, anak n asben xmakan jd saya yg makan semua hahaha. Recpnya saya Cnp dr blog azitakitchen, TQ ye kak n saya CnP kat cni plak....Jom layannn :)

APAM BERAS 
CnP : azita kitchen

Bahan-bahan :  (sya buat 1/2 adunan jer)
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (akak tak guna pun...)

Cara-cara :

   1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
   2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
   3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
   4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
   5. Perap selama 3 jam.
   6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
   7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
   8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
   9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan  begitu saja.