Ni pon masakan semalam juge....xsempat nak post. Buat 1 loyang kecik je sbb saya sorang je yang makan kuih ni, yang lain diorang memang xsuko. Nak buat dalam daun pisang, xade kalau tak lagi sedap n wangi. Tengok rancangan Dapur Nyonya, diorang buat lebih kurang jer tapi xguna gula merah. Digunakan gula putih ja, yang ni saya letak kedua-duanya.
KUIH ABOK2 SAGU LAPIS
Bahan2:
1/2 cawan sagu merah
1/2 cawan sagu putih
1/2 cawan sagu ijau
Kelapa ikut citarasa, klu suke lebih letak banyak ckit.
gula putih ikut kemanisan masing2 - saya letak +- 3-4 sudu besar dlm setiap sagu
gula merah pon ikut kemanisan - saya tabur sikit saja +- 1-2 sudu besar
sedikit garam
caranya:
Rendam sagu hingga kembang, toskan dan gaul dengan kelapa, gula dan garam. kemudian letak lapisan sagu pertama dan tabur gula merah. Kemudian lapisan sagu, tabur gula merah dan seterusnya smpai abis. Kukus lebih kurang 20 minit, biar sejuk baru potong.