Sunday, January 17, 2010

ChEeSe CaKe

Ini la kek keju buatanku, walaupon xsetanding chef tapi dalam bulan ni dah 2 kali aku wat. seminggu ja dah abis dimakan oleh kami, tambahan pula cik abe suko hehehe. klu kuar gi sopin jer nampak krim keju mesti beli, xpe cik abe punya pasal aku sanggup buatttt janji brgnya abg yg bayar hahaha. klu sape2 nak cube wat, kat bawah ni disertakan recpnya. cuba jgn xcuba....

KEK KEJU

bahan2:  (lapisan bawah)
1 cawan biskut krim kraker (hancurkan)
3 sudu besar mentega
3 sudu besar gula
- campur semua bhn ni dan padatkan dalam acuan, bakar lebih kurang 10min.

bahan2: (lapisan atas)
250gm krim keju
50gm gula kastor
50gm air susu ( leh guna susu segar, susu cair, susu UHT @ air suam yg dibancuh dgn susu tepung)
50gm mentega
3bj kuning telur
5 sudu makan tepung jagung

bahan B:
40gm gula kastor
2bj putih telur
1/4 sudu teh serbuk krim tartar
- satukan bhn ini dan pukul hingga gebu dan kental (klu diterbalikkan mangkuk ke bawah ia xjatuh)

caranya:
  1.  pukul krim keju, gula kastor,mentega dan tepung jagung hingga kembang.
  2.  kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lagi hingga sebati dan berkrim.
  3.  kemudian, masukkan bahan B yg dah dipukul td dan gaul perlahan2 hingga sebati.    pastu    tuang adunan ke      atas biskut       td.
  4.  sediakan acuan yg besar daripada acuan td dan isiskan air 1/4 penuh. masukkan acuan kek ke dalamnya dan bakar         selama 1 1/2 jam pada suhu 160 darjah.
  5. sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. hiaslah dengan krim putar @ topping kegemaran spt jem blueberry dsbgnya....

KeSiAn....AniS

nape kesian, sebab xnak dengar cakap ibu asyik berlari-lari arini anis jatuh n mangkuk yg dipegangnyer pecah berkecai. ada kesan luka2 kecil kat muka anis nasib la xmasuk mata, terkezut ibu tp xdapat den nak nolong sbb jauh...tu la larang xnak dengar berlari-lari sangat. sblom ni dah benjol dahi ish3 nak marah pon bende dah jd lgpon budak2 camtu la xdiam. pas ni buat lagi la tuuu