Monday, April 4, 2011

StErEo ChEEsE CaKe

Assalamualaikum...

    Semalam wat non-bake cheese cake nih, lembut cam puding jer...jadi ke tah ek tp rasenya sedap nak2 kalau makan time sejuk2. Ni la Non-Bake Stereo cheese cake. 

    Kalau orang lain wat gune biskut Oreo tapi saya gune biskut nih, somi yang beli...lebih kurang same je ngan Oreo cume jenama je lain...

    Resipinya saya amik kat Myresipi.com ye, oleh coconutice. Mintak ijin CnP kat cni ye Coconutice....Sedap...tp jadi nipis la sbb acuan spring foam saya besar. En. somi n anak lom rase lagi, kalau sedap leh la wat lagi...Layannn


Oreo Cheese Cake (non bake) oleh: coconutice@myrecp

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

    * :: BASE ::
      120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
    * 120 g mentega cair

    * :: FILLING ::
      (A)
      2 biji kuning telur
    * 120 g gula
    * 160 ml susu

    * (B)
      250 g cream cheese
    * 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
    * 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu    kotak di bahagian diary products di supermarket]
    * 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
    * Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
    * 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)


Cara-cara

   1. Crust
      BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh  dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
   
   2. Milk
      Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
   
   3. Blend
      Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
   4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam

   5. :: Variasi Satu ::
      kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
 
   6. :: Variasi Dua ::
      kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas