Saturday, July 23, 2011

iKaN TeMpRa NyOnYa

Assalamualaikum...

    Lauk ni buat semalam tp xsempat nak post...ni br nak post xpe kan hehehe. Sedap la, simple jer. Mulanya ingat nak goreng jer tp lepas intai2 blog jumpe recp ni, trus nak buat :) Lupe plak nak letak cili mesin ckit dan xletak kicap cam k.ummi sebab goreng jer ikan tu trus dah gelap, banyak kot asam saya lumur ikan tu hehehe. Pepon, jom layannnn :)

IKAN TEMPRA NYONYA
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen 
CnP: blog k.ummi

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni)
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang putih - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

3 comments:

Farra Irana said...

nampak sedap.. tapi kat bawang goreng tu.. pasai apa bawang merah ada 2.. rasanya.. anim salah taip kot.. satu lagi tu.. bawang putih kot.. nnti kak try wat..

Hanim said...

farra, lupa nak ejas kak. tu anim kopi yg kat blog org...lupa plak memang anim dah tau salah hehehe.

Sheery Dream Cakes said...

terima kasih sudi mencuba resipi nie.. :)..
oo yer kan... silap plak.. huhuu.. terima kasih bg tau.. ehhehee