Tuesday, June 21, 2011

DoNuT YoGuRt BaLL

Assalamualaikum...


   Donut ni buat semalam, memandangkan ada lg yogurt berries buat jer hehehe. Recpnya hasil intipan blog izah daut yang famos ngan mappin tuuuu :) TQ izah n sumber2 yg sewaktu dengannya, sedap n mudah nak buat.  Mintak ijin CnP cni plak ye....Jom layannn ;)

DONUT YOGURT
sumber: nollyarwen@myR
resepi asal : vediojug.com
CnP: izah daut


250 gm tepung gandum
80 gm gula *saya letak 3 sudu makan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
125 ml plain yogurt
1 sudu besar yis segera * saya guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
20 gm butter dicairkan
*saya tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak untuk menggoreng


* resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya:

    Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
    Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
    Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
    Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
    Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
    Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! =)

*saya jemputkan aja dengan tangan. Memang mudah dan sedap!!


Saya letak inti coklat yang dibuat semalam gak, yum2 lagi sedappp :)

6 comments:

Ida,Japan said...

slm hanim...sedap nmpk donut ut..nk mintak sikit bole..
pas tu..pasa kek epal tu, nmpk nipis sbb bakar 2 bekas kut..satu loyang bsr, satu loyang kecil...lupa nk citer masa n3..nk check dh follow lum sini..nanti ida/akak follow..

Ida,Japan said...

Pas satu lagi lupa nk ckp....sama la pulak cat rumah kita erk..he..he

Hanim said...

ida,japan : hehehe ha'ah sama....ingat nak tukar cat, lom sempat lg nak try cat baru plak :)

Mas said...

sedappnya tengok donut tu..
siap ada inti lagi....

Hanim said...

mas, inti coklat tu wat nengok kat blog k.nor la cam best tu yg buat tu...tp bila dah buat dah xtau nak wat apa lagi hehehe

Nina Anna said...

saye dah cuba ni...sedap, terima kasih...

hai..sudi la lawat blog kek saya..custom made cake, cupcake, double triple tier suma ada..jemput ya.dan follow di cakebyanna.blogspot.com :P