Thursday, May 19, 2011

AyAm GoReNg DaN NaSi LeMaK

Assalamualaikum...

    Nie set makan tengah hari dan malam ni. Ayam tu cube recp k.DJ, sedapppp. Asben request pagi tadi sebelom gi kerja, senang kalau bgtau camtu xyah nak pikio nak masak ape arini. kalau masak yang die xmakan kang saya sorang je yg makan lgpon memang peberet dia sambal...ari2 sambal pon ok janji ada ikan masin he3. K. DJ mintak ijin CnP recpnya ya...jom layannn kene cepat2 kang anak bangun :)

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

2 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam
pehh sdp tu aym grg rempah beriani...bau harum...ank2 pun suka kalau buat aym cam ni ..laku cepat habis..x pun meratah aje...leh try resepi ni

StarAnise said...

shiela, memang sedap setengah ekor pon kejap jer abis he3...