Saturday, May 7, 2011

KeK CoKLaT LeMbAp

Assalamualaikum...

    Projek semalam kek coyat, recp dari buku bijak memasak. Kek yang padat tapi moist, sedap....Kebetulan pula anak jiran besday semalam, kasi setengah hehehe. Dalam buku tu xde plak gambar kek tu jd xtau la camne rupa asal kek tu...nanti la cari kat blog chef Norzailina Nordin.
    Lewat snap gambar dah tinggal hampir suku dah. Sedap gak makan sejuk2, xsempat nak snap yg kasi kat jiran. Diorang ade bg kek perasa mocha kot, pastu trus bagi yang buat tuk diorang....biase2 jer deco pon sbb gune jer bahan yang ado hehehe. Pepon, jom layannnn :)

 Kek yang jiran kasi....buah hiasan anak dah makan :)

KEK COKLAT LEMBAP
SUMBER: Norzailina Nordin (buku bijak memasak)
bahan2:
2 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula kastor (sy letak 1 1/2 jer sbb xsuke manis sangat)
3/4 cawan serbuk koko (sy letak 1/2 jer)
2 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur gred A
1 sudu teh garam
1 cawan susu cair + 1 sudu besar jus limau nipis (kacau, biar 10minit)
1 cawan minyak jagung
2 sudu teh vanila
1 cawan air panas

Caranya:
1. Lenser tin 23x28 cm dengan marjerin, tabur tepung rata2 dan ketuk acuan tuk buang baki tepung.
2. Satukan semua bahan dan pukul sederhana hingga sebati dan gebu.
3. Tuang ke dalam acuan dan bakar pada suhu 185 darjah  selama 1 jam atau hingga lidi yg dicucuk bersih...

2 comments:

Nieda said...

sedap pulak tengok kek2 ni.

StarAnise said...

nieda, memang sedap, padat n moist. klu sekali tgok cam bengkang pon ada hahaha. struktur adal xtau camne, tgok recp xde gmbo...