Tuesday, May 29, 2012

CHEESE TART

Assalamualaikum...


   Lame beno kan saya xupdate blog ni, bukan apa sebab mood malas tu tinggi hehehe. Arini nak post sebab terrrrajin la plak....lgpon teringin sangat nak makan cheese tart. Makanya harus merajinkan diri...hehehe.




   Recp tart ni saya amik kat blog k.norli n intai2 cara wat corak kat blog k.ita masam manis tu...cantik2 diorang buat. Anak2 suke nak2 anak pompuan saya, siap suruh buat corak macam2 hehehe. Nanti la ibu buat corak bunga plak, sronok plak bila buat menjadi. Mula2 buat kulit tu susah gak ye la acuan kecik n lambat plak sbb baru nak mencuba tp bila kali ke dua buat dah ok dah. Cik Somi pon kate cedapppp hehehe.




   Nie filling blueberry pembakaran pertama, xcantik sebab terbiar lama nyusukan anak time tu hehehe. Xpe la rupa xcantik tapi sedappp hahaha...terima kasih buat penyumbang recp n cara buatnya. Nak tengok step by step n yg cantik2, tgok di blog norlilovescake n masam manis ye. Saya CnP gak recp kat cni....Jom layannnn :))


CHEESE TART 
Sumber: Blog k.norli n k.ita
Bahan2:
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar  lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman. * trus buat pon ok, saya trus buat xsimpan semalaman.
6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.


Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

Bahan utk Cream Cheese:

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Caranya:
1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. UNTUK CARA BUAT NI BOLEH TENGOK KAT BLOG MASAM MANIS YE...

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
* tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell. Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell. Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese. (Saya plak buat 2 adunan tuk kulit dapat la lebih kurang 50 biji, krim cheese plak dalam 40 biji leh isi sbb saya boh penuh)

* Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama....

No comments: