Tuesday, May 24, 2011

NaSi oh! NaSi

   Assalamualaikum...harini sarapan beli je nasi kerabu nih. Lama dah tringin nak mkn sejak abis jer pantang...sedap nasi nie. Sekali ngan ayam berempah RM3.50, murah kan? Layan jer ek menu yg dah anis ni hehehe.

    Ni plak masak asam ikan kembong semalam, mkanan peberet saya.  suke bawang banyak2 hehehe. Pepon jom layannnn :)

Monday, May 23, 2011

Blended Moist Chocolate cake

Assalamualaikum...

   Kek coklat lagi...patut la muncitt perot hahaha. Kek ni buat ari sabtu malam, xboleh ikut asben gi dinner kilang kat genting, godek2 la kat dapo tu try recp baru....sebab just gune blander jer cam kek oren tu jd try la n kukus dalam oben sbb pengukus kecik n rendah, kang masuk wap plak.
    Resipi asal amik kat kongsi resipi yg dibuat oleh saudari lieza reza. Nama asalnya Kek Span Coklat Kukus tp memandangkan bila dah masak jd lembab n senang je just blander jd saya tukar namanya...maap ye tuan punya recp ni hehehe sebab gambar yg sebenar xtau camne teksturnya. Kalau nak cube leh la tengok recp kat bawah ni ek. Jom layannnn :)

KEK SPAN COKLAT KUKUS
Sumber : lieza reza @ facebook


Bahan:
1 CAWAN GULA

1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN MINYAK 
2 BIJI TELUR 
1 CAWAN AIR SUAM 
= BLENDER, TUANG DALAM BEKAS

2 CAWAN TEPUNG GANDUM + 1 CAWAN SERBUK KOKO + 1 SUDU BAKING POWDER + 1 SUDU SODA BIKARBONAT = AYAK DAN TUANG DALAM BAHAN BLENDER TADI
KACAU SAMAPI SEBATI DAN KUKUS SELAMA 1 JAM ATAU HINGGA MASAK.

* PANASKAN ACUAN SEBELUM TUANG ADUNAN

Thursday, May 19, 2011

AyAm GoReNg DaN NaSi LeMaK

Assalamualaikum...

    Nie set makan tengah hari dan malam ni. Ayam tu cube recp k.DJ, sedapppp. Asben request pagi tadi sebelom gi kerja, senang kalau bgtau camtu xyah nak pikio nak masak ape arini. kalau masak yang die xmakan kang saya sorang je yg makan lgpon memang peberet dia sambal...ari2 sambal pon ok janji ada ikan masin he3. K. DJ mintak ijin CnP recpnya ya...jom layannn kene cepat2 kang anak bangun :)

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

MeNyiPuT

Assalamualaikum...

   Lama saya xbersiaran kan? hehehe...senarnya saya xsihat, anak2 pon turut sama batuk n selesema. Tak ade mood nak post tapi masak tetap masak kan sebab kelaparan semua n masak pon yg simple2 jer.
    Semalam menyiput la saya ngan anak pompuan n seronok dia nak tolong he3. Lagipon semua suke kudapan ni, sekali hadap jer dah nak abis. Sedikit jer satu adunan tu n nak try dulu sedap ke tak recp diambil dalam buku yg dah lame beli...nanti ye recpnya, anak dah bangun n mula nangis2.

Kuih Siput
sumber: aneka hidangan snek oleh Sa'adiah Mohamad


bahan2:
3 cawan tepung gamdum
1/2 cawan marjerin
120ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1 biji telur - dipukul
1 sudu kecil gula halus
1/2 sudu kecil garam
sedikit daun kari - digoreng dan ditumbuk
5 ulas bawang merah*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
(ketiga bahan bertanda ni ditumbuk)
minyak untuk menggoreng


Caranya:
  1. Satukan tepung, garam, gula, marjerin, telur, daun kari dan bahan tumbuk. gaul sebati.
  2. Tuangkan santan dan gaulkan hingga sebati dan uli adunan ini hingga lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan gelekkan atas acuan. goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan....

Thursday, May 12, 2011

UpSiDe DoWn AppLe CaKe Wif MeLtEd ChOcOLaTe

Assalamualaikum...

    Sekali pandang ape ekk??? ni projek semalam, nak menghabiskan stok epal kat dalam peti es tu tp ade lg rupanya...Kek USDACMC ni (panjang gak ek singkatannyer pon) nengok recp kat myresipi. terjah punya terjah, banding punya banding, ni yg jadi pilihan sbb letak serbuk badam.
    Nampak cam kureng chantik ek, sebenarnya gune coklat masakan letak ketul2 kecik tu tp saya letak yg wat topping xabis n tersadai lame dalam peti es tu. Mengganggu penglihatan, jd saya letak jer sbb tu jd camni :)

   Jangan pandang pada rupa sebelom merasa hehehe. Sedap, lembut n rasa manis2 buah, kira kene la dengan selera saya....anak n asben nak rase ke tak? kalau diaorang xnak maknanya saya le kena abiskan, waaaaa tambah lagi la lomak dalam badan niiii. Pepon, jom tengok recp n cube la. Layannnnn :) 10kiu pada empunya recp ni....wallahhh

Upside Down Apple Cake with Melted Chocolate
sumber: noorsha@myresipi

Bahan-bahan ( 3 orang )

    2 biji epal (tak kisah nak pakai hijau @ merah)
    1 sb gula
    1 sb butter cair @ minyak jagung.
    125 gm butter
    3/4 cawan gula pasir - dikisar halus
    1 cawan tepung gandum
    1/2 cawan ground almond
    2 sb susu tepung
    1/4 cawan air
    1 sk esen vanila
    1 sk soda bikarbonat
    1 sk baking powder
    100 gm coklat masakan
    2 biji telur- grade A

Cara-cara


1. Epal dibuang empulur, dan potong nipis. Gaulkan dengan 1 sb gula & 1 sb butter cair @ minyak jagung. Susun dalam loyang dan biarkan sebentar.
2. Cairkan butter, sementara itu pukul telur & gula hingga kembang. Apabila kembang, satukan butter yang telah cair tadi dan esen vanila ke dalam adunan telur. Pukul lagi.
3. Satukan tepung gandum, ground almond, soda bikarbonat, baking powder dan susu tepung dan ayak. masukkan ke dalam adunan telur tadi. kacau hinggga rata kesemuanya.campurkan air dan kacau lagi.
4. Dadukan coklat masakan, gaul dengan sedikit tepung dan masukkan ke dalam adunan yg telah dipukul. kaup balik adunan, tuang ke atas loyang yg telah disusun dengan epal tadi.
5. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 30 minit. hidangkan panas2.. sedap juge kalau nak hidang dengan aiskrim....tapi kalo x de pon x pe... :)

Tuesday, May 10, 2011

AgAr - AgAr KaRaMeL

Assalamualaikum...


    Tengok k.nor buat agar2 karamel, teringin plak nak buat. Time cuaca panas2 ni sodap makan, godek2 la kat dapo buatnya. Ade serbuk agar2 tp 8gm je so, ubah suai la ckit sukatan airnya. Alhamdulillah jd cume karamelnya kureng jd ckit :) TQ k.nor n mintak ijin CnP cni ek...pepon, Jom layannnn :)

AGAR-AGAR KARAMEL
sumber : CMG
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 g serbuk jelly ~ k.nor guna serbuk agar2 10gm
600 ml air ~ k.nor lebihkan 120ml, saya lebihkan 100ml
300 ml susu cair
120 g gula halus ~ k.nor letak 5 sudu besar aje
1 camca besar tepung kastard - saya tambah 1 camca lagi...
1 camca teh esen vanilla
1 cawan gula pasir * ~ k.nor guna 3/4 cawan
3 camca besar air*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)
Masak gula dengan api sederhana hingga cair, kacau perlahan2 hingga gula bertukar menjadi kuning keemasan dan kelihatan berbuih. Dengan berhati2 tuang air dan kacau hingga sebati. Masak sekejap lagi hingga pekat. Angkat dan tuang dalam bekas untuk membekukan agar2.

Satukan susu cair dengan tepung kastard, kacau rata dan tapis. Satukan gula, air dan sebuk jelly/serbuk agar2, kacau rata dan jerang atas api dan kacau hingga semua larut dan mendidih. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu+kastard, kacau rata.

Masak hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat (bila angkat seduk, bancuhan jatuh bertali), matikan api dan tuang dalam bekas yang berisi karamel tadi. Biarkan suam dan simpan dalam peti sejuk 2 - 3 jam. Keluarkan agar2 dan isi dalam piring, hidangkan dingin...

# bila guna serbuk agar2 kena lebihkan air, sbb tekstur puding jd keras sket
## dlm adunan puding k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada rasa manis dr karamel
### kalau masak guna serbuk agar2 tak perlu masak lama bila dah letak adunan susu + kastad sbb serbuk agar2 tu akan buat adunan akan pejal tak seperti kalau guna jelly

Monday, May 9, 2011

BuN GuLa MeRaH

Assalamualaikum...

    Pagi nie sarapan roti, lame xmeroti sbb malas nak mengulinya. Request BM kat asben lom dapat lg, xjumpe lagi katanya...susah gak kan nak cari BM ni. Semalam BW jumpe la roti ni kat blog CMG kite tu, terasa teringin plak nak buat memandangkan bahan dah ade. Pas jer masak semalam, terus godek2 bahannya dan hasilnya mmmm best hehehe. Memandangkan topping kek coyat ade lagi, makanya dijadikan inti...tp lupe plak nak kasi pekat ckit senang nak bentuk tp nak cepat punya hal trus letak jer smpai ade yg terkeluar hehehe. Kurang cantik la corak2 kat atasnya sbb cairkan coyat tu tp tetap lembut dan sodap ;)

    Rasanya ni kali ke-3 kot buat roti, pastu dah malas nak buat sbb malas n penat nak uli. Kalau ade BM slalu la buat kan he3...tapi semalam tetiba jer teringin nak buat nengok roti CMG yg gebus tu :) Pepon mintak ijin ye Che Mat CnP kat cni...Jom layannnn :)

BUN GULA MERAH
Sumber : Che Mat Gebu @ tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
275 gram tepung roti (hi-protein flour)*
50 ml air gula merah*
80 ml air suam*
1 camca teh penuh instant yeast*
1 1/2 camca besar gula halus*
1 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner* - xletak sbb xade
30 gram telur (pecah kan 1 biji telur, kacau sedikit dan timbang)*
1 camca besar mentega
Baki telur + 1 camca besar susu sejat + sedikit madu + 1/2 camca teh esen vanilla = kacau sebatu untuk sapuan atas roti.
Gula perang kasar untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

    Untuk air gula merah, masak 30 gram gula merah@gula melaka dengan 100 ml air dan 1 helai daun pandan hingga gula larut, sejukkan, tapis dan sukat 50 ml. Ketepikan.
    Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dalam satu bekas dan uli hingga sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Bulat2kan doh, dan perap 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dan mentega ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
    Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagi kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda.
    Sapu bancuhan telur dan tabur gula kasar, bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan. Kalau tak habis, simpan dalam bungkusan plastik atau bekas bertutup untuk mengelakkan roti jadi keras..