Assalamualaikum...
Lama saya xupdate blog ni, bukan xde gambar nak post tapi xberkesempatan....maklum la anak kecik :) ni pon time anak dah tido nyenyak, kalau siangnya tido kejap2 jer. Tengok jer la ek masakan yang dah lepas.
Puri Kentang |
Kuih ni buat ari isnin lalu, BW tengok recp kat umah izah. Memandangkan bahan dah ada n puasa aritu, trus buat. Sedap dan menjadi, anak n suami suke dan sedap dicicah ngan kari...izah, mintak ijin CnP kat cni ek :)
sumber: kak Fida@Myr
CnP: izah daut
Bahan-bahan ( 8 keping )
125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
120 g tepung gandum (1 cawan rata)
1 sk garam
50 ml air hangat (10 sb)
secukup minyak masak untuk goreng terendam
Cara-cara
Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
Siap untuk disajikan
Lempeng Kelapa |
Kuih ni plak kes nak menghabiskan kelapa baki buat kuih sagu, juga makan tuk berbuka puasa. Recpnya saya amik kat blog CMG (Che Mat Gebu), maap la gambar xsecantik che mat. Xsempat nak edit kasi cantikkkk :) boleh tengok recp n gambar yang cantik kat link tu k.
LEMPENG KELAPA
Sumber: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...
Sumber: CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...
Kuih Sagu |
Kuih ni saya amik recp dari biras, menghabiskan baki sagu buat kuih abok2. Baki xsampai 1 cawan, jadi saya buat la sbb saya sorang jer yang makan....mulanya plan nak ziarah makcik jiran sebelah umah ni tapi dia dah balik umah anaknya. Takde rezeki dia kan? tapi tetap bagi tuk anak cucu yang ada....Jom layannnn :)
Sumber: k.Ana (biras)
2 cawan sagu - di rendam selama 2 jam..toskan..kalau tak rendam nnti bila masak nampak sagu yg putih2 tu dan bila makn x sedap keras..
11/2 cawan gula pasir
pewarna merah @ sirap ros..wangi sikit..
2 cawan air
Caranya :
1. masak gula, pewarna dan air sahaja sehingga mendidih dan gulanya pecah. kacau..pastu masukkn sagu. kacau..dari sagu tu bewarna pink..., kacau hingga jadi warna merah.
2. Dah masak..pastu tuang dlm loyang..bila sejuk barulah di potong..
3. kemudian salutkan dengan kelapa parut..
5 comments:
Wooo meriahnya dengan kuih muih. Cantik je kembung2
izah, kembung time panas2 je pastu trus turun he3. Ke kena canai betul2 nipis? sedap :)
salam hanim...ucu plg suke lempeng pisang..tapi sampai skrag blm pernah buat..teringat masa kecik2 dulu,kakak ucu bakar dgn daun pisang...alahai terbau aromanye....
ucu, saya suke apa pon tp asben n anak kureng la...saya buat lempeng kelapa tu pon sbb nak abiskan kelapa yg ado tu :) klu kat kg mak saya buat pon masak ats daun pisang gak n aromanya mmm memang best la kan? ;)
hanim...mekasih sudi singgah blog akak..akak follow sini k
Post a Comment