Assalamualaikum...
Banyak hari dah xupdate blog, nak update jer, ade jer gangguan2 sampingan hehehe (anak le tu). Bila dah siap masak xsempat nak amik gambar, buat kerja itu ini tup2 dah tgah malam. Bila dah time tu malas dah nak update, anak dah tido kene la tido cepat2 sebab bila dah bangun waktu pagi2 buta tu, dekat nak subuh plak baru dia tido. Mmmm kadang2 memang malas nak buat kerja tu yang asyik tertangguh jer nak update blog.
Apam pelangi ni buat jumaat malam bawak gi umah adik kat temerloh. Mak saya ade kat sana, sekali melawat n gi makan2 kat umah diorang. Lupe plak nak amik gambar lauk-pauk kampung yang dihidangkan, maklum la lame xmakan gulai pisang n sambal belacan ngan jeruk petai.....sampai terlupa hehehe.
Warna apam ni xmenarik, sebelum kukus wananya dah terang tapi lepas jer kukus trus xnampak pelanginya :). Ape pon rasanya sedap dan lembut cam kek span. Lain kali kene cuba lagi...
Recpnya saya amik kat k.ana (biras) xguna susu atau santan. Bahan pon xbanyak, sesiape nak cuba leh nengok recp kat bawah ni ek. Jom layannnn :)
Sumber: k.ana (biras)
Bahan2:
4 biji telur
1 cawan gula (blh di kurangkan kalau x suka manis )
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
1 sudu kecil esen ..ikut nk guna esen apa pun..
1 sudu besar ovelet
sedikit pewarna pilihan
Caranya:
pukul telur dan gula hingga kembang.+ovelet dan esen..pukul lagi..campurkan tepung dan gunakan kaedah kaup balik dgn menggunakan senduk kayu..bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. titik pewarna..loyang lapik dgn minyak dan kertas. letak adunan setiap warna berselang sehingga habis..lorekkan adunan dgn kayu satey...ikut kreativiti anda...kemudian kukus selama 40minit.
2 comments:
Salam cantik naik apam ni warna sagat sweet..suka lama x buat apam....
sheila, wananya xteranggg xpuas ati la...kene try lg hehehe
Post a Comment