Friday, August 19, 2011

DFCC

Assalamualaikum...

   Dah lame tringin nak buat DFCC ni, ramai kawan2 blogger cakap sedappppp bangat hehehe. Plannya nak buat tuk besday sendiri tp xdapek nak buat sbb bz ngan anak kecik yg soh melayan die jer hehehe. Jadi kelmarin sblom sahur trus godek2 keknya tu lom topping lg sampai petang baru siap letak topping coyat n cheese tu. Mmmm berbuke ngan kek tu la....




   Mulanya nak buat 2 adunan tp pikir2 kang diorang xsuke jenuh le saya sorang yg makan dan bertambah le lomak2 dalam badan ni khikhikhi. Saya buat kek satu adunan, topping cheese 1/2 adunan (tu pon ade lebih) dan coklat agak2 jer (banyak gak tu).

   Bila dah makan tu perghhh sedap la....somi pon kate sedap cam eskrim. Sudah tinggal setengah dah...dalam peti es tu. Trima kasih kepada penyumbang recpnya ek, saya CnP recpnya dari blog Mas Duniaku juga intai2 kat blog K.Nor Secubit Garam. Saya kopi pes kat cni plak. 


Devil's Food Chocolate Cake
Resepi : cupcakeschek.blogspot.com
Sumber : Noorsha, Kak Ayu Spore dan Kak Nor
CnP: Mas duniaku

Bahan² :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan gula halus - Noorsha guna 1/4 cawan saja
1/2 cawan gula perang - Noorsha guna 1/4 cawan saja
65 gm butter
1 biji telur Saiz A
1 sk esen vanila
1/4 cawan buttermilk* - saya guna susu cair 1/4 + 1/4 sudubesar cuka, biar 20min
1/2 cawan air suam

Bahan² untuk homemade buttermilk :
1 cawan susu segar
1 sb cuka masakan
* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan  sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.

Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. bergantung pada oven masing2 ya...
Griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata. Masukkan vanila esen dan kacau sebati.
Bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama  untuk menguji kek sudah masak @ belum.
Jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.

Bahan² Untuk  Cream Cheese Frosting : - saya wat 1/2 adunan jer
250 gm philapedia cream cheese
125 gm butter
1 cawan icing sugar - noorsha guna 1/4 cawan saja
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus

Cara² untuk Cream Cheese Frosting :
pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi.  kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.
p/s : kak Ayu suggest untuk buat 1/2 saja dari resepi frosting ni bagi suukatan kek diatas.. tapi Noorsha buat 1adunan untuk cream cheese ni sebab nak rasa cheese yang lebih :)

Bahan² Untuk Chocolate Ganache :
200 ml double cream @ whipping cream
250 gm dark chocolate
secubit garam

Cara² untuk Chocolate Ganache :
menggunakan kaedah double boiler (satu periuk berisi air, satu lagi periuk lebih kecil di letak diatasnya. biar periuk yang kecil itu terapung), masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair. masukkan sedikit garam. kacau rata. biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti anda....sedia dihidang :)

   

5 comments:

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Assalam Hanim..

Akak pun dh biasa buat dulu..amik resepi kt umah Ayu singapore...memang sedapkan???? Baguih lah...siang kita puasa. Malam kita tmbah lemak balik..he..he..Apapun cheese & chocolate...gabungan yg mantopkan!!!!

izahdaut said...

perhhh memang sedapkan. kalau diizinkan Allah nak jugak buat untuk juadah hari raya...

Hanim said...

k.norli, memang sedap dan mantooop. bila dah makan tu xingat dah lemak ka dak hehehe.

Hanim said...

izahdaut, kalau nak buat tuki ari raya kene byk adunan la...kang sorg mkn dah 1/4 hehehe. 1adunan ckit ja cukup tuk 2-3org mkn tp klu cam aini 1/2 leh abis hahaha(kuatnya mkn...)

Ucu Faridah said...

mak aiii...terpaksa telan air liur ...sodapppp...