Thursday, August 4, 2011

En3 TeRgEnDaLa

Assalamualaikum...

    Menu ni dah lama buat tp xsempat nak post....ada lagi yg xsempat nak post selain cottage pie ni. Kita nengok dulu yg ni k. Recp ni saya amik kat blog k.nor dan berkenan sebab kentangnya dan kebetulan juga kentang banyak, jadi saya try buat...

   Memang sedap la bila makan ngan combine ngan daging  n cheese tu. Saya letak slice cheese ja hehehe, banyak gak dapatnya dan banyak yg saya makan sbb somi xmo, anak plak mkn ckit je. Ingatkan bila dah ada kentang diorang mau makan, mmmm berlomak la badan den ni haaaaa :) pe pon jom layannn n k.nor mintak ijin CnP yea...
COTTAGE PIE My Style
sumber rujukan : CFE
CnP: k.nor @secubit garam

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar


Cara2:
Bahagian Atas:
1. Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut. Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan. Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam. Ketepikan.

Bahagian Bawah:
1. Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
2. Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td. Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang. Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
3. Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk. Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
4. Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam. Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang. Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
5. Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.

6. Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan. Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
7. Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket. Tabur parutan keju dan potongan butter.
8. Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
9. Boleh la dihidangkan panas2..dan cicah plak ngan sos n mayonis, wallahhh :)

4 comments:

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Wah..rajin nya dia d dapur...ada baby pun semangat tetap tinggi nk masak.Ni contoh isteri Mithali. Nmpak sedap kalau d tgk dari resepi tu.hati tertambat dgn daging cincang tu..Mesti sedap..punya...

Hanim said...

k.norli, memang sedap kak. mkn panas2 ngan sos n mayonis.

Ucu Faridah said...

mengoda iman betullah...ape2 pun resipi ni mesti sedap..

Hanim said...

Ucu, yup memang sodap :))