Wednesday, November 16, 2011

BIJAK MEMASAK - Nasi Ayam Hainan

Assalamualaikum...



   Nie en3 lepas ni xsempat nak post, buat ari isnin untuk anak2. Buat ckit jer....kali ni saya guna recp dari buku yang dah lama beli, buku BIJAK MEMASAK oleh Pn. Norzailina Nordin. Bagi saya simple n cepat nak buat dan rasanya pon sedap cuma cili tu cik somi cakap xmacam yang dia makan kat kantin tempat kerjanya...huhuhu.




   Sedap dan seakan-akan CHICKEN RICE SHOP la....pasni xyah lg nak makan kat ctu. Boleh buat sendiri hehehe. Kurang pulak hiasannya sbb xde daun salad dan saya gantikan dengan sayur sawi bunga masak sos tiram yg menjadi kebiasaan sekuarga mesti buat tiap2 minggu...


   Ok la xnak cakap banyak, anak dah tido n saya pon dah ngantuk. Saya share recpnya di sini k...jom layannn :))

NASI AYAM HAINAN
Sumber: buku BIJAK MEMASAK oleh: NORZAILINA NORDIN

bhn tuk nasi:
600gm bras wangi - basuh & sejat
50gm lemak ayam
2 sudu besar air
2cm halia - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
950ml air
1 kiub stok ayam
daun pandan (tmbah bg wangi)
Hiasan - daun salad, timun,tomato
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Masak lemak ayam dan air dalm kuali atas api perlahan. biar mendidih hingga
lemak ayam keluar menjadi minyak.
2. masukkan halia dan bawang putih, goreng kekuningan
3. Keluarkan lemak, masukkan beras dan garam. kacau selama 2-3minit.
4. Ubah kedalam loyang atau bekas2 kecil. Larut stok ayam dengan air.
5. Tuangkan dlm nasi dan kukus selama 30-40minit atau hingga masak.
* ni klu kukus, klu nak senang tumis dlm peyuk nasi, boh semua bhn: beras, air,
garam n daun pandan, biar ja dia masak cam kita masak nasi....sukatan ikut la
cam kita mask nasi tu. klu bras basmathi xleh air byk kot, saya buat beras biasa
ja...:)


Bahan utk sup:
2-3liter air
3cm halia - diketuk
bawang putih- diketuk
1 sudu teh garam
1 ekor ayam
daun sup

caranya:
1. Jerang air, halia, bawang putih dan garam hingga mendidih
2. perlahankan api masukkan ayak dan masak selama 15 minit.
3. Padamkan api dan tutup periuk, biarkan selama 25minit.
4. Keluarkan ayam dan rendam dlm air 5minit, angkat dan toskan. reneh sup tadi
hingga tinggal separuh, hias ngan daun sup.

Bahan sos cili:
10bj cili merah - buang biji
2cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar jus limau nipis or cuka
40ml air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya....
* kisar semua bahan hingga sebati

Bahan Kicap:
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos plum
60ml air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya...
* campur semua bahan dan kacau sebati. Boleh la dihidang dengan nasi dan ayam serta bahan hiasan lain....