Wednesday, April 6, 2011

ReNdAnG TeLuR & BuBuR

Assalamualaikum...

 Rendang Telur Nasi Kandar

   Ni menu semalam, recpnya amik dari mak mertua. Kalau sape nak mencuba leh tengok kat bawah ek recpnya. Senang, bahan xbyak sangat n sedap...
Bubur Kacang ijau n Jagung

   Sarapan pagi nih....lame xmakan bubur. Menghabiskan jagung yang tinggal sebatang tu dalam peti es n dah kecut hehehe, lupe plak nak meletak sagu. Maklum la nak cepat klu anak jaga susah, kang terbengkalai. Kadang2 tu miss sarapan huhuhu, pepon...layannn


Rendang Telur nasi Kandar
Sumber : Mak Mertua
Bahan:
2 paket rempah kari daging
10 biji telur (rebus dan goreng)
5 biji cili padi}
5 ulas bawang merah}   Blender
5 ulas bawang putih}
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
sedikit air asam jawa

Bahan tumis:
4 sekawan (bg. lawang, kayu manis, buah pelaga & bg. cengkih)
daun kari
daun pandan
minyak

Bahan hiasan:
Daun sup, daun bawang, tomato, cili merah, cili padi n bawang besar

Caranya:
1. Campurkan rempah kari bersama bahan yg diblender tadi, serbuk jintan manis dan  serbuk ketumbar serta air asam jawa. Jadikan pes.
2. Tumis bahan tumisan, masukkan bahan rempah dan biar sampai pecah minyak dan hilang bau rempah.
3. Dah pecah minyak, masukkan telur dan bahan hiasan kacau dan tutup api. Boleh dihidangkan dengan nasi panas....

 

Monday, April 4, 2011

StErEo ChEEsE CaKe

Assalamualaikum...

    Semalam wat non-bake cheese cake nih, lembut cam puding jer...jadi ke tah ek tp rasenya sedap nak2 kalau makan time sejuk2. Ni la Non-Bake Stereo cheese cake. 

    Kalau orang lain wat gune biskut Oreo tapi saya gune biskut nih, somi yang beli...lebih kurang same je ngan Oreo cume jenama je lain...

    Resipinya saya amik kat Myresipi.com ye, oleh coconutice. Mintak ijin CnP kat cni ye Coconutice....Sedap...tp jadi nipis la sbb acuan spring foam saya besar. En. somi n anak lom rase lagi, kalau sedap leh la wat lagi...Layannn


Oreo Cheese Cake (non bake) oleh: coconutice@myrecp

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

    * :: BASE ::
      120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
    * 120 g mentega cair

    * :: FILLING ::
      (A)
      2 biji kuning telur
    * 120 g gula
    * 160 ml susu

    * (B)
      250 g cream cheese
    * 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
    * 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu    kotak di bahagian diary products di supermarket]
    * 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
    * Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
    * 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)


Cara-cara

   1. Crust
      BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh  dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
   
   2. Milk
      Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
   
   3. Blend
      Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
   4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam

   5. :: Variasi Satu ::
      kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
 
   6. :: Variasi Dua ::
      kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

Sunday, April 3, 2011

SeMaLaM Yg TaK SeMpAt

Assalamualaikum...


   Ni daging nasi kandar menu semalam....rujuk dari buku chef Hanieliza, senangnya memasak daging. Menu ringkas dan sedap, jap jer abis. Makan ngan roti pong sedap...cume gmbar je xlawa :) Resipinya, nanti la ek xsempat taip lg...baru jer on lptop anak kacau. Mmmm susah la nak update, kadang2 rase dah malas nak update.
 
   Ni plak seri muka pulut itam yg xmenjadi pulutnya, lembik ckit. Lain kali kene kurangkan santannya. Pepon, layannnn :)

Wednesday, March 30, 2011

SpHaGeTTi CaRbOnArA

Assalamualaikum...
 
 
   Malam ni buat sphagetti ni tuk anak (ibunya pon tumpang 2 kaki hehehe). Recpnya amik kat blog ummi@homesweethome, habiskan stok yg ado tp bila buat banyak gak la n anak suke, sedap katanya..pepon, layannn. Resipinya leh tengok kat blog umi ekk...:)

Tuesday, March 29, 2011

StObERi FrEsH Dr Cameron Highland

Assalamualaikum...



   Hah! baru nak post en3, cepat2 sblom anak bangun he3. Ni Buah n sayur adik kasi, kebetulan die gi Cameron Highland jalan2 ngan familinya...so, saya oder la buah stoberi. Segar kan? dan kebetulan juge kawan dari johor nak datang, saya buatkan kek coyat n terhasillah ni....
   Biase2 jer kan...plannya nak letak 'buttercream' tp anak plak ganggu so, wat yang ringkas camni jer la. Sronok kawan sbb die suke kek coyat ni, buat khas la tuk dia bukan senangkan nak jumpe. Sekali-sekala tuk tetamu kene la wat yg elok...pepon, jom layannn.

Friday, March 25, 2011

SeLaMaT PaGi.....

Assalamualaikum...

   Hari nie awal ckit bersiarannyer, sbb anak masih lagi tido n kerap gak tu terjaga, terpaksa enjut2 je buai smbil menaip nih. Hari ni plak sarapan cucur jagung+kucai+bawang je, tupon sebab lebihan yang semalam gorengnya. Klu tak makan roti canai segera la jawabnya hehehe, layan je la ekk cucur nih n gambar pon xcantik sangat cam blog yg lain tu nampak cam makanan otel jer, terliur nengoknyer....

Thursday, March 24, 2011

JoM MaSaK

Assalamualaikum...

   Ni la buku masak yg baru beli masa p care4 bile tah rasenya dah lame n baru skrg leh wat. Jadi terhasillah cobaan kuih ini...


   Ini namanya bebola kelapa dengan isi kacang teratai tp saya letak kacang tanah n kelapa fresh xde saya ganti ngan kelapa kering. Rasanya cam buah melaka cume inti je boleh dipelbagaikan...


   Ini plak jejari wanita @ Lady's fingger, itu namanya kat dalam buku tu. Campuran tepung pulut n tepung beras, diuli panjang ckit rebus dlm air didih cam buah melaka tu n golek dlm kelapa. Bila nak makan siram ngan santan manis dicampur gula n tabur ckit bijan, mmm rase bleh tahan lemak2 manis gituuuu. Pepon recpnya nanti ek, xsmpat lagi nak menaip hehehe layannn...