Monday, May 9, 2011

BuN GuLa MeRaH

Assalamualaikum...

    Pagi nie sarapan roti, lame xmeroti sbb malas nak mengulinya. Request BM kat asben lom dapat lg, xjumpe lagi katanya...susah gak kan nak cari BM ni. Semalam BW jumpe la roti ni kat blog CMG kite tu, terasa teringin plak nak buat memandangkan bahan dah ade. Pas jer masak semalam, terus godek2 bahannya dan hasilnya mmmm best hehehe. Memandangkan topping kek coyat ade lagi, makanya dijadikan inti...tp lupe plak nak kasi pekat ckit senang nak bentuk tp nak cepat punya hal trus letak jer smpai ade yg terkeluar hehehe. Kurang cantik la corak2 kat atasnya sbb cairkan coyat tu tp tetap lembut dan sodap ;)

    Rasanya ni kali ke-3 kot buat roti, pastu dah malas nak buat sbb malas n penat nak uli. Kalau ade BM slalu la buat kan he3...tapi semalam tetiba jer teringin nak buat nengok roti CMG yg gebus tu :) Pepon mintak ijin ye Che Mat CnP kat cni...Jom layannnn :)

BUN GULA MERAH
Sumber : Che Mat Gebu @ tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
275 gram tepung roti (hi-protein flour)*
50 ml air gula merah*
80 ml air suam*
1 camca teh penuh instant yeast*
1 1/2 camca besar gula halus*
1 camca besar susu tepung*
1/4 camca teh garam halus*
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner* - xletak sbb xade
30 gram telur (pecah kan 1 biji telur, kacau sedikit dan timbang)*
1 camca besar mentega
Baki telur + 1 camca besar susu sejat + sedikit madu + 1/2 camca teh esen vanilla = kacau sebatu untuk sapuan atas roti.
Gula perang kasar untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)

    Untuk air gula merah, masak 30 gram gula merah@gula melaka dengan 100 ml air dan 1 helai daun pandan hingga gula larut, sejukkan, tapis dan sukat 50 ml. Ketepikan.
    Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dalam satu bekas dan uli hingga sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan elastik. Bulat2kan doh, dan perap 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 bertanda (*) dan mentega ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
    Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagi kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda.
    Sapu bancuhan telur dan tabur gula kasar, bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan. Kalau tak habis, simpan dalam bungkusan plastik atau bekas bertutup untuk mengelakkan roti jadi keras..

Sunday, May 8, 2011

SuP TuLaNg

Assalamualaikum...

   Malam ni post menu tghari td jer, sup tulang Adabi...jus ikut jer arahan kat blakang plastik tu. simple jer wat sup ni kan? asal ade bunjutnya hehehe. Xnak cakap banyak nanti anak nangis plak. Pepon, jom layannn :)
 

SELAMAT HARI IBU....

Assalamualaikum...

    SELAMAT HARI IBU buat semua ibu2 di dunia ni....hehehe. Ni la pestime dapat kad dari anak, simple tp bermakna :) ok la budak 5 thn...pasni dapat yg lebih cantik n elok kot hehehe. Seorang ibu xmengharapkan dapat benda2 yg dasyaaat pon, cuma harap anak2 gembira, chat, hormat ibu bapa, berjaya serta menjadi anak yg soleh dan solehah...Ape pon, Jom layannn... ;)

Saturday, May 7, 2011

KeK CoKLaT LeMbAp

Assalamualaikum...

    Projek semalam kek coyat, recp dari buku bijak memasak. Kek yang padat tapi moist, sedap....Kebetulan pula anak jiran besday semalam, kasi setengah hehehe. Dalam buku tu xde plak gambar kek tu jd xtau la camne rupa asal kek tu...nanti la cari kat blog chef Norzailina Nordin.
    Lewat snap gambar dah tinggal hampir suku dah. Sedap gak makan sejuk2, xsempat nak snap yg kasi kat jiran. Diorang ade bg kek perasa mocha kot, pastu trus bagi yang buat tuk diorang....biase2 jer deco pon sbb gune jer bahan yang ado hehehe. Pepon, jom layannnn :)

 Kek yang jiran kasi....buah hiasan anak dah makan :)

KEK COKLAT LEMBAP
SUMBER: Norzailina Nordin (buku bijak memasak)
bahan2:
2 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula kastor (sy letak 1 1/2 jer sbb xsuke manis sangat)
3/4 cawan serbuk koko (sy letak 1/2 jer)
2 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur gred A
1 sudu teh garam
1 cawan susu cair + 1 sudu besar jus limau nipis (kacau, biar 10minit)
1 cawan minyak jagung
2 sudu teh vanila
1 cawan air panas

Caranya:
1. Lenser tin 23x28 cm dengan marjerin, tabur tepung rata2 dan ketuk acuan tuk buang baki tepung.
2. Satukan semua bahan dan pukul sederhana hingga sebati dan gebu.
3. Tuang ke dalam acuan dan bakar pada suhu 185 darjah  selama 1 jam atau hingga lidi yg dicucuk bersih...

Thursday, May 5, 2011

ApAm BeRaS

Assalamualaikum...

   Pagi ni sarapan apam ni, buat semalam. Fuh! nasib la menjadi, walaupon xtersengeh sangat senyumnanya tp lembut. Alhamdulillah....dapt la lebih kurang 30bj, anak n asben xmakan jd saya yg makan semua hahaha. Recpnya saya Cnp dr blog azitakitchen, TQ ye kak n saya CnP kat cni plak....Jom layannn :)

APAM BERAS 
CnP : azita kitchen

Bahan-bahan :  (sya buat 1/2 adunan jer)
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)

Kelapa parut digaul dengan sedikit garam (akak tak guna pun...)

Cara-cara :

   1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
   2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
   3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
   4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
   5. Perap selama 3 jam.
   6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
   7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
   8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
   9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan  begitu saja.


Wednesday, May 4, 2011

BuKu LaGI....

Assalamualaikum...

   Ujung minggu lepas keluar KL beli lagi buku masak-masak. Keluar sopin jer xsah kalau xsinggah MPH, ape lagi rembat la buku masak. masuk jer trus ke ruangan buku masakan, asben ok jer klu beli buku2 ni sbb leh klim dr cukai... :)

   Ni la buku yang beli tu, padahal dah banyak buku kat umah ni. xbanyak  yg mencubenya hehehe. Buku bijak memasak tu best gak sbb ade tips, recp dan soal jawab masalah2 yang berlaku mase kita memasak serta bahan2 yg boleh dan xboleh digunekan. Insayaallah klu ade mase saya kongsi kat blog ni nanti k.

   Buku koleksi coklat tu biasa la, tgok cam best trus rembat, lambat ckit kot nak mencubenya sbb bhn2 kene pukul gune mixer tp ade gak la yang teringin mencuba.. :)

BLeNdEd OrAnGe CaKe

Assalamualaikum...

    Selamat pagi semua....baru nak post kek ni, dah nak abis pon. Ramai dah buat kata sedap jg teruja la nak buat, memang sedap dan ni la bakinya. Recp yang xbanyak bahan, mudah dan cepat menyediakannya. Recp saya CnP kat fromintankitchen, terima kasih kepada yg empunya recp....Jom layannn :)


BLENDED ORANGE CAKE
by: kak Fida
sumber : Hasue
cNp :fromintankitchen.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau - ita tambah 1 biji lagi parutan kulit orange (sy parut kulitnya n ambil isi)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn (sy letak 1 cawan, manisnya ok)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren
ita tambah 1 sudu besar orange sunquic (sy pon tmbah oren sunquick)

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.