Friday, May 27, 2011

MuFFiN PLak....

Assalamualaikum...

    Projek semalam tuk anak bawak bekal ke sekolah arinie. Ada jamuan hari guru kat sekolahnya, jadi saya buat yg senang jer. Baru nak sambut hari guru sbb diorg ade sukan n cuti time tu, nak buat kek aising xde bekas la plak. Ok la tu, anak suke hehehe. Recp blended orange cake tp buat dlm bekas ni senang ckit diorg nak makan nanti. Pepon, jom layannnn :)

Wednesday, May 25, 2011

AyAm GoReNg PeRciK BeRkUaH

Assalamualaikum...

   Asalnya ayam ni nak buat masak kicap jer, sedang BW jumpe menu ni kat umah mas. Terus tukar menu hehehe. Lagipon bahan semua dah dan senang plak, buat dalam 7 ketul jer. Suami balik keje petang tadi makan sedap katanya. Si kakak makan telur kicap jer sblom tu, pas suami saya suapkan ayam tu trus nak meratah . 3 ketul die makan sedangkan tadi xnak....lain kali nak try bako la plak. Tima kasih mas kongsi recp yg sedap ni, jom layannn :) mintak ijin CnP mas yea...

Ayam Goreng Percik Berkuah
Resepi : Oshin@myresepi.com
Cnp: mas Duniaku

Bahan ( 6 - 8 orang makan ) :
Bahan A

    1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau  garing)

Bahan B ( dikisar ) :

    6 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci kunyit hidup
    15 tangkai cili kering - dikisar ( ikut pedas )

Bahan C :

    1 biji kelapa - diambil santannya (Mas letak susu cair)
    2 batang serai - dititik
    asam keping - 4-5 keping
    gula dan garam secukup rasa
    1/2 kiub ayam - Mas tambah


Cara memasak :
 Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan.
 Kemudian tumiskan bahan2 kisar ( Bahan B ) hingga wangi,
 Masukkan 2 sudu besar cili kisar dan serai yang dititik dan tumiskan hingga naik minyak
 Masukkan santan, ayam goreng, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula          secukup rasa. Letakkan     1/2 kiub ayam. Kacau sebati.
 Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan boleh dihidangkan.


 

MeNyiPuT LaGi....

Assalamualaikum...

    Buat lagi semalam, anak suruh gak buat lagi nak bawak gi sekolah katanya. kali ni buat banyak ckit lebih kurang 1/2 kilo, tu pon pueh gak mengentelnya hehehe. Recpnya saya cuba yg biras punya, xde telor n santan tp tetap rangup. Jom layan recpnya n leh mencuba ya.... :)

KUIH SIPUT
OLEH : Ana Wan Chik 



Bahan2nya:
1 kilo tpg gandum
2 ulas bwg pth*
2biji bwg merah*
sedikit cili kering - ikut..pedas*
udang kering 50sen* - saya letak serbuk pati ikan bilis maggi
sedikit jintan manis*
daun kari - goreng dulu* - ni saya tambah, klu nak goreng sekali masa dah siap pon xpe...
1 peket rempah kari daging
1 senduk marjerin
air secukupnya 
garam & gula secukup rasa

Caranya:
  1. Mesin semua bahan yg bertanda *, campurkan semua bhn lain bersama dan gaulkan. campurkan sedikit demi sedikit air.uli..jgn keras sangat..sedang2 senang nk gentel2kan.goreng dgn daun kari..

Tuesday, May 24, 2011

NaSi oh! NaSi

   Assalamualaikum...harini sarapan beli je nasi kerabu nih. Lama dah tringin nak mkn sejak abis jer pantang...sedap nasi nie. Sekali ngan ayam berempah RM3.50, murah kan? Layan jer ek menu yg dah anis ni hehehe.

    Ni plak masak asam ikan kembong semalam, mkanan peberet saya.  suke bawang banyak2 hehehe. Pepon jom layannnn :)

Monday, May 23, 2011

Blended Moist Chocolate cake

Assalamualaikum...

   Kek coklat lagi...patut la muncitt perot hahaha. Kek ni buat ari sabtu malam, xboleh ikut asben gi dinner kilang kat genting, godek2 la kat dapo tu try recp baru....sebab just gune blander jer cam kek oren tu jd try la n kukus dalam oben sbb pengukus kecik n rendah, kang masuk wap plak.
    Resipi asal amik kat kongsi resipi yg dibuat oleh saudari lieza reza. Nama asalnya Kek Span Coklat Kukus tp memandangkan bila dah masak jd lembab n senang je just blander jd saya tukar namanya...maap ye tuan punya recp ni hehehe sebab gambar yg sebenar xtau camne teksturnya. Kalau nak cube leh la tengok recp kat bawah ni ek. Jom layannnn :)

KEK SPAN COKLAT KUKUS
Sumber : lieza reza @ facebook


Bahan:
1 CAWAN GULA

1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN MINYAK 
2 BIJI TELUR 
1 CAWAN AIR SUAM 
= BLENDER, TUANG DALAM BEKAS

2 CAWAN TEPUNG GANDUM + 1 CAWAN SERBUK KOKO + 1 SUDU BAKING POWDER + 1 SUDU SODA BIKARBONAT = AYAK DAN TUANG DALAM BAHAN BLENDER TADI
KACAU SAMAPI SEBATI DAN KUKUS SELAMA 1 JAM ATAU HINGGA MASAK.

* PANASKAN ACUAN SEBELUM TUANG ADUNAN

Thursday, May 19, 2011

AyAm GoReNg DaN NaSi LeMaK

Assalamualaikum...

    Nie set makan tengah hari dan malam ni. Ayam tu cube recp k.DJ, sedapppp. Asben request pagi tadi sebelom gi kerja, senang kalau bgtau camtu xyah nak pikio nak masak ape arini. kalau masak yang die xmakan kang saya sorang je yg makan lgpon memang peberet dia sambal...ari2 sambal pon ok janji ada ikan masin he3. K. DJ mintak ijin CnP recpnya ya...jom layannn kene cepat2 kang anak bangun :)

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak  keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

MeNyiPuT

Assalamualaikum...

   Lama saya xbersiaran kan? hehehe...senarnya saya xsihat, anak2 pon turut sama batuk n selesema. Tak ade mood nak post tapi masak tetap masak kan sebab kelaparan semua n masak pon yg simple2 jer.
    Semalam menyiput la saya ngan anak pompuan n seronok dia nak tolong he3. Lagipon semua suke kudapan ni, sekali hadap jer dah nak abis. Sedikit jer satu adunan tu n nak try dulu sedap ke tak recp diambil dalam buku yg dah lame beli...nanti ye recpnya, anak dah bangun n mula nangis2.

Kuih Siput
sumber: aneka hidangan snek oleh Sa'adiah Mohamad


bahan2:
3 cawan tepung gamdum
1/2 cawan marjerin
120ml santan - dari 1/2 biji kelapa
1 biji telur - dipukul
1 sudu kecil gula halus
1/2 sudu kecil garam
sedikit daun kari - digoreng dan ditumbuk
5 ulas bawang merah*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
(ketiga bahan bertanda ni ditumbuk)
minyak untuk menggoreng


Caranya:
  1. Satukan tepung, garam, gula, marjerin, telur, daun kari dan bahan tumbuk. gaul sebati.
  2. Tuangkan santan dan gaulkan hingga sebati dan uli adunan ini hingga lembut.
  3. Ambil sedikit adunan dan gelekkan atas acuan. goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan....