Wednesday, April 20, 2011

ChEEsEE CaKe LaGiiii

Assalamualaikum...

    Buat lagi Stereo cheese cake tapi kali nih yang bakar pulak. En3 sebelom ni kan buat yang xyah bako, kali ni kite bakor jer...cam tagline seseorang jer hahaha. Nampak comot la plak ish3, kali ni wat dalam loyang kecik ckit. Nampak kureng cantik...

    Selepas dipotong ni la rupanye...yg ade topping coklat tu saje jer wat 1 slice. OK, sedap. Recpnya saya gune yg mula2 buat cheese cake, leh klik senarai recp kat sebelah kanan tu ye. Cuma saya buat base guna biskut stereo n letak ckit kat dalam tu, pepon jom layannn :)

Sunday, April 17, 2011

SuPeR MoIsT EggLeSS ChOcOLaTe CaKe

Assalamualaikum...
 
   Ramai yang buat kek ni, terasa ingin nak cuba plak tp saya letak dalam cawan kertas senang ckit nak makan. Memang super moist, try 1 adunan dapat lebih kurang 8 cawan kertas yang besar tu. Lain kali nak buat 'double' dalam loyang plak.
 
   Saje jer letak ising 3 biji sbb ade ising lebih wat kek aritu. Hias cara orang xpandai hehehe. Recp biasa la sape xtau kan dr DJ kite tu, mintak ijin CnP ekk tuk kek yang sedap nih :) Tenkiuuuu, Pepon jom layan...

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

    * 1 cawan tepung gandum
    * 1 sudu kecil baking powder
    * 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    * 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
    * 2 sudu besar susu tepung
    * 1  1/4 cawan air sejuk - saya campur air sejuk n susu segar ckit (lebihan susu...)
    * 1 cawan gula perang
    * 1 sudu kecil esen vanilla
    * 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
    * secubit garam
    * 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
    * 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

   1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
   2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
   3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
   4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
   5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
   6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Saturday, April 16, 2011

SiAkAp 3 RaSa

Assalamualaikum...

    Arini asben kata masak ikan siakap recp kat majalah anis, jadi ini la hasailnya. Asben kata sedap, 3 orang makan dah nak abis. Malam ni nak makan ape plak ek, sekor ikan xsampai 1 ari dah abis hehehe. Pepon, jom layannnn

Ikan Siakap Tiga Rasa
Recp asal : Anisani Village Resort
Sumber: Majalah Anis

Bahan A :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan dikelar
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
* perap sekejap dengan garam kemudian goreng, angkat dan ketepikan.

Bahan B :
6 tangkai cili api-dihiris halus
3 tangkai merah-dihiris halus
3 biji cendawan kering-direndam dan belah 2
1 biji bawang besar-dihiris
sedikit stok(air rebusan)ayam
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
6 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia (sebesar ibu jari)
5 batang serai
3 biji asam masin(boi)-buang biji
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili, sos tomato,sos tiram dan sos plum(setiap satu dua sudu)
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Hiasan:
Hirisan daun bawang, lobak merah dan timun

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan stok ayam dan cendawan.
2. Apabila kuah dah pekat, masukkan hirisan cili padi dan cili merah, hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila kuah masak sempurna tuang atas ikan dan hias dengan daun bawang, timun dan lobak merah...

Friday, April 15, 2011

ApAm PoLkAdOt

Assalamualaikum...

    Apam ni buat semalam, dah lama dalam list baru dapat buat semalam. Saya buat dalam cup kecil2, lepas tu anak dah mula meragam. Ada gak buat dalam cup besar tp tunjuk yang ni la cumil ckit hehehe. 
    Dah ramai orang buat, saya baru nak buat ek. Apam ni xde inti sbb saya buat kecil2 kan...lambat pula siapnya klu letak inti. Seronok2 buat anak pula meragam trus ilang 'consentrasi'. Pepon, jom layannnn :)

Thursday, April 14, 2011

Pai EpAL

Assalamualaikum...

     Pai epal ni buat semalam tp xsempat nak post, arini baru berkesempatan. Ni kes nak menghabiskan epal merah kat dlm peti es tu, dah lama n xabis2 lagi. Tu ade lagi 3 biji nak buat ape plak ek, buat pai ni pon saya sorang jer yang makan, anak makan kulit jer yg bentuk 'love' tu.

   Pai epal nih recpnya saya amik kat blog CMG a.k.a che mat gebu. Nak recp leh la klik link tu ekk. Buat punya buat last2 xmuat acuan untuk nak tutupnya sbb acuan saya besar ckit sbb tu la nampak nipis n xgebu cam yg che mat buat tu hehehe. Menjadi gak le tp kureng kemas n cantik :) Pepon, jom layannn

Tuesday, April 12, 2011

AwArD n KeK BuAh SeDaP.....

Assalamualaikum...

    1st time dapat award...Tq izah atas anugerah bg blog yg xseberapa ni, ku terharu huhuhu. Ni satu lg...



    Ni kek buah bakar yang sodap penah makan. Amik kat blog k.ummi@homesweethome, buah bulan3 lepas bawak balik kg bg mak n makmertua sbb diaorang suke sangat kek buah ni. Warna xcantik la sbb mixfruit byk kismis...cerinya kureng. kene buat lagi sbb saya pon dah mula sukakannya...:) mintak ijin CnP ye k.ummi...
KEK BUAH SEDAP
CnP : homesweethome (k.ummi)

Bahan:
380 gm susu pekat manis *
400 gm mixed fruits *
250 gm butter *
1 cawan air * (250 ml)
2 biji kuning telor
3 cawan tepung gandum (+- 380 gm)
1 sk baking soda
1/2 cawan orange juice dari 2/3 biji orange (*ummi guna oren sunquick je)

Cara Membuat:-
Masukkan bahan-bahan (*) dalam periuk, masak atas api sederhana sambil dikacau hingga butter dan susu larut.
Alihkan dan sejukkan dalam fridge selama 3 - 4 jam. Kemudian keluarkan dan campurkan dengan kuning telor dan
kacau rata. Kemudian ayak tepung dan baking soda dan masukkan sedikit-sedikit dalam campuran buahan tadi.
Masukkan pula orange juice dan kacau rata dengan spatula.
Panaskan oven dengan suhu 170 deg. Celcius dan grease pan ukuran 8"x8".
Tuangkan adunan dan bakar selama kurang lebih 1 jam (jangan overcook - ummi bakar 50 minit saja).



Monday, April 11, 2011

NaSi GoReNg DaGiNg

Assalamualaikum...

    Tgahari td xtau nak masak ape, BW jumpe recp nasi goreng daging nih kat blog k.hana. Pastu cek peti es ade daging trus nak buat. Makan sampai malam dengan tembikai n sambal telur, mmmm sedap...TQ k.hana :)

   Spiral pasta ni plak wat tuk kakak makan tgahari td pas balik sekolah. Juga amik kat blog k.hana tp k.hana wat dengan makaroni....simple n sedap :P jom layannn