Thursday, April 7, 2011

HaSiL KeRaS & GaTaL TaNgAn

Assalamualaikum...

    Korang jangan la gelak ek, xcantik kan? tu la, orang lain berguru saya ni xberguru sebab tu la jadi cam nih hahaha. Teringin sangat nak buat dah tau xpandai...Pepon kene cuba lagi lain kali...ni buat tuk suke2 jer :)

    Mulanya saya buat custard tea cake sbb ramai yang buat cakap sedap, jadi saya pon cuba buat...pastu teringin plak nak buat ising, dah buat dan menjadi. Letak kat kek tu tp sbb kek tu lembut, abis berderai last2 camni la jadinya...ada yang tebal, ada yang nipis. Peponnnn jom layannnn. 


   Alamak lupe plak nak letak recp. Recp amik kat blog Mas Duniaku, mintak ijin CnP ye...TQ Mas n tuan punya recp serta yang seangkatan dengannya...
 
Custard TeaCake
Resepi asal : Kak Ida - 1001 resepi
Sumber : Hasue dan CMG
Bahan Kek  :

    * 125 gram mentega - Mas ikut hasue guna marjerin
    * 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
    * 1 biji telur gred A
    * 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
    * 1/2 cawan tepung kastard
    * 1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard : ( Mas ikut hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. )

    * 1 camca besar tepung kastard
    * 1 camca besar gula kastor
    * 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
    * 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
    * 2 camca teh esen vanilla

Cara Membuatnya :

   1. Untuk Kastard : Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
      Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
   2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
   3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla.
      Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
   4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan,
      ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
   5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!


5 comments:

~Norul Mas Hana ~ said...

saya tgk cantik je kek tu...hehe.. =)

izahdaut said...

sedap tk kek ni mkn ngan aising? hihi..lawo jee..saya pun tak pernh berguru jugak.. gimme 5!

StarAnise said...

Norul, kek tu sedap tp kureng cantik la n harus diperbaiki...mayb gmbr tu kot yg cantik ckit hehehe.

izahdaut, sedap mkn ngan ising nak2 klu sejuk. klu kek manis ising jgn manis sangat. caya lah, same la kita xpenah berguru main taram je hehehe.

Mas said...

teror la buat custard teacake ni ngan gula aising......
nampak menarik dan sedapp jerk...

StarAnise said...

Mas, saja suka2 wat ising tu tp xsesuai lepakan ising tu kat badan kek tu sbb kek tu lmbut n mudah pecah. klu just hias bunga n corak2 ising ok la.