Monday, March 21, 2011

ChiCkEn In BLaCk

Assalamualaikum...
   Dah malam baru nak post en3 ekk n tajuk pon lain macam jer hehehe. Sebenarnya wat ayam madu sticky tapi jd cam nih,
bukan ape, letak kicap pekat tu yang itam lebih ni hehehe. Resipinya amik kat blog k.hana, mintak ijin CnP ekk...pepon sodap giteww leh mkn ngan nasi ayam nih.

RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.
   Ni plak kerapu masam manis tuk asben, wat gune sos sweet sour life jer sonang hehehe. Pepon, jom layannn....

Sunday, March 20, 2011

DeMaM

Assalamualaikum...

   Amboi, lama aih xbersiaran kan? tiba-tiba ja kluar tajuk demam. Bukan saya yang demam tapi anak ni...

   Kena la berjaga sebab idung tersumbat n xselesa la nak tido. Kat cni cuaca plak pg panas, petang ujan tambah lagi anak xpenah lagi demam. Mmmm sekali demam teruk la ckit, ibu la yang kena berjaga kan? 
   Sebenarnya banyak cerita sebelom2 ni tapi xsempat nak update. Dua minggu sebelom ni gi PD family day IT department cik abe, awal cuti sekolah plak balik kampung. Banyak yang nak dicerita tapi xsempat, ni pon sbb xleh tido anak demam.


   Meh le layan puding ni ekk, buat pg kemarin bawak gi umah adik kat termeloh. Asalnya nak buat n bawak balik kampung tp xsempat nak buat, buat 3 jenis kek dah mase tu. Resipinya saya amik kat blog sini mintak ijin CnP ye kak Ita ye...Puding nih cam puding roti pelangi cume xade roti jer. Pepon jom layannn......

Puding Warna-Warni
By: Chef Hanieliza

Bahan A
10 gm serbuk agar2 (1 peket)
1 liter air (5 cawan)
2 cwn gula halus


Bahan B
1 tin susu cair
1 cwn tepung kastard

Bahan C
1 sudu teh Neccafe
1 sudu makan air suam
1 sudu teh coklat emulco (ini ita tambah)

Bahan D
Pewarna merah, hijau atau apa2 warna kegemaran

Cara-caranya:

Masak serbuk agar2, air dan gula halus sehingga hancur
Bancuhkan bahan B
masukkan bancuhan B dan kacau hingga pekat
asingkan adunan kpd 4 mangkuk
Masukkan bancuhan C (nescafe) ke dlm satu mangkuk dan kacau rata
Masukkan warna hijau dlm mangkuk yg lain dan kacau rata
masukkan warna merah dlm mangkuk yg lain dan kacau rata
biarkan satu bahagian dgn warna asal
Lapiskan perlahan2 adunan Nescafe ke dlm acuan berselang seli dgn adunan warna lain hingga habis.
Biarkan sebentar hingga adunan keras.
sejukkan dlm peti sejuk dan bolehlah di potong.

Thursday, March 3, 2011

MaRbLe ChEeSe BrOwNiEs

Assalamualaikum....
   Baru la leh post arini, masak dah banyak kali xsempat nak post en3. Meh la nengok masakan semalam n lepas2 la ekk.
Dah jadi marble cheese cake da...


Ayam Gajus
   Kek tu saje je wat dalam springfoam sebab nak cepat n anak plak sedang tido. Kalau wat dalam loyang empat segi tu cantik la, xpe nanti leh cube wat lagi sbb asben n anak suke lagi la kalau ade cheese. Yang Kat bawah sekali tu ayam gajus recp dari chef hanieliza, recpnya nanti ek. Kita tengok dulu recp Marble cheese brownies ni, mintak CnP ye cik manggis....

 MARBLE CHEESE BROWNIES 
www.mamakitchen-makcikmanggis.blogspot.com

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
   Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper.
    Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Monday, February 28, 2011

ApAm CoKLaT


   Ni la apam coklat yang berkedut sbb lom suntik botoxz lg hahaha. Walaupon xcantik tp rasenya sedap cam kek coyat he3. Kalau wat apam jer mesti xmenjadi, ape la salahku huhuhu...xpe la nanti cube lagi. Pepon, layan jer la ekk anak pon dah nak nangis ni. Layannn...

Saturday, February 26, 2011

BrOwNiEs LaGi....

Assalamualaikum...

Brownies Mudah
    Hah! arini baru dapat update. Banyak gambar masak dah snap tp xdapat update, mmm...anak kecik la katakan hehehe. Brownies ni br wat swmalam hasil jelajah blog ke blog, nampak recp nih kat bloh k.hana. Memandangkan sonang by2 dan skrang nih dah jadi antu kek coyat, trus wat semalam. Dapat ckit jer la sbb wat satu adunan jer tapi....memang best la, moist.
   Recp ni diamik kat blog k.hana, CnP ekk kak...jom tgok recp n try wat k. Bleh juge tgok recp n gmbr yang cun kat cni.

RESEPI BROWNIES MUDAH
sumber asal : wssary@myresipi.com
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

    * 6 sb serbuk koko
    * 1/4 cawan mentega cair (saya guna minyak jagung)
    * 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
    * 1/2 sk vanilla
    * 1/4 sk garam
    * 1/3 cawan tepung gandum
    * 2 butir telur
    * 1 cawan kekacang - optional

Cara-cara

1.Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang       empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
2. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
3.Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
4. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Monday, February 21, 2011

CaKoi


Assalamualaikum...

   Pagi nih sarapan cakoi jer biras kasi semalam die balik dr kg kat temerloh n singgah umah. Sedap! dicicah dengan kuah sambal, kebetulan wat sambal tauhu semalam. Alhamdulillah...rezeki kan? pepon, layannnn jer He3.

 

Friday, February 18, 2011

AyAm GoReNg RaNgUp SoS LeMoN

Assalamualaikum...


   Masakan ni dah lame buat cume xsempat nak post sebab anak kecik meragam...Asalnye nak buat chicken popcorn cam k.hana n izah wat tu tapi breadcrumb lak xcukup, cikit sangat. last2 wat ni la tengok kat dalam majalah wanita taun bile tah dah lame. Klu nak wat cam popcorn tu pon leh gak cume kita wat jer sos lemon tu...Recpnya nanti2 la ekk, xsempat la nak taip. Pepon, layannn...