Thursday, April 7, 2011

HaSiL KeRaS & GaTaL TaNgAn

Assalamualaikum...

    Korang jangan la gelak ek, xcantik kan? tu la, orang lain berguru saya ni xberguru sebab tu la jadi cam nih hahaha. Teringin sangat nak buat dah tau xpandai...Pepon kene cuba lagi lain kali...ni buat tuk suke2 jer :)

    Mulanya saya buat custard tea cake sbb ramai yang buat cakap sedap, jadi saya pon cuba buat...pastu teringin plak nak buat ising, dah buat dan menjadi. Letak kat kek tu tp sbb kek tu lembut, abis berderai last2 camni la jadinya...ada yang tebal, ada yang nipis. Peponnnn jom layannnn. 


   Alamak lupe plak nak letak recp. Recp amik kat blog Mas Duniaku, mintak ijin CnP ye...TQ Mas n tuan punya recp serta yang seangkatan dengannya...
 
Custard TeaCake
Resepi asal : Kak Ida - 1001 resepi
Sumber : Hasue dan CMG
Bahan Kek  :

    * 125 gram mentega - Mas ikut hasue guna marjerin
    * 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
    * 1 biji telur gred A
    * 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
    * 1/2 cawan tepung kastard
    * 1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard : ( Mas ikut hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. )

    * 1 camca besar tepung kastard
    * 1 camca besar gula kastor
    * 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
    * 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
    * 2 camca teh esen vanilla

Cara Membuatnya :

   1. Untuk Kastard : Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
      Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
   2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
   3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla.
      Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
   4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan,
      ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
   5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!


Wednesday, April 6, 2011

ReNdAnG TeLuR & BuBuR

Assalamualaikum...

 Rendang Telur Nasi Kandar

   Ni menu semalam, recpnya amik dari mak mertua. Kalau sape nak mencuba leh tengok kat bawah ek recpnya. Senang, bahan xbyak sangat n sedap...
Bubur Kacang ijau n Jagung

   Sarapan pagi nih....lame xmakan bubur. Menghabiskan jagung yang tinggal sebatang tu dalam peti es n dah kecut hehehe, lupe plak nak meletak sagu. Maklum la nak cepat klu anak jaga susah, kang terbengkalai. Kadang2 tu miss sarapan huhuhu, pepon...layannn


Rendang Telur nasi Kandar
Sumber : Mak Mertua
Bahan:
2 paket rempah kari daging
10 biji telur (rebus dan goreng)
5 biji cili padi}
5 ulas bawang merah}   Blender
5 ulas bawang putih}
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
sedikit air asam jawa

Bahan tumis:
4 sekawan (bg. lawang, kayu manis, buah pelaga & bg. cengkih)
daun kari
daun pandan
minyak

Bahan hiasan:
Daun sup, daun bawang, tomato, cili merah, cili padi n bawang besar

Caranya:
1. Campurkan rempah kari bersama bahan yg diblender tadi, serbuk jintan manis dan  serbuk ketumbar serta air asam jawa. Jadikan pes.
2. Tumis bahan tumisan, masukkan bahan rempah dan biar sampai pecah minyak dan hilang bau rempah.
3. Dah pecah minyak, masukkan telur dan bahan hiasan kacau dan tutup api. Boleh dihidangkan dengan nasi panas....

 

Monday, April 4, 2011

StErEo ChEEsE CaKe

Assalamualaikum...

    Semalam wat non-bake cheese cake nih, lembut cam puding jer...jadi ke tah ek tp rasenya sedap nak2 kalau makan time sejuk2. Ni la Non-Bake Stereo cheese cake. 

    Kalau orang lain wat gune biskut Oreo tapi saya gune biskut nih, somi yang beli...lebih kurang same je ngan Oreo cume jenama je lain...

    Resipinya saya amik kat Myresipi.com ye, oleh coconutice. Mintak ijin CnP kat cni ye Coconutice....Sedap...tp jadi nipis la sbb acuan spring foam saya besar. En. somi n anak lom rase lagi, kalau sedap leh la wat lagi...Layannn


Oreo Cheese Cake (non bake) oleh: coconutice@myrecp

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

    * :: BASE ::
      120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
    * 120 g mentega cair

    * :: FILLING ::
      (A)
      2 biji kuning telur
    * 120 g gula
    * 160 ml susu

    * (B)
      250 g cream cheese
    * 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
    * 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu    kotak di bahagian diary products di supermarket]
    * 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
    * Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
    * 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)


Cara-cara

   1. Crust
      BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh  dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
   
   2. Milk
      Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
   
   3. Blend
      Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
   4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam

   5. :: Variasi Satu ::
      kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
 
   6. :: Variasi Dua ::
      kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

Sunday, April 3, 2011

SeMaLaM Yg TaK SeMpAt

Assalamualaikum...


   Ni daging nasi kandar menu semalam....rujuk dari buku chef Hanieliza, senangnya memasak daging. Menu ringkas dan sedap, jap jer abis. Makan ngan roti pong sedap...cume gmbar je xlawa :) Resipinya, nanti la ek xsempat taip lg...baru jer on lptop anak kacau. Mmmm susah la nak update, kadang2 rase dah malas nak update.
 
   Ni plak seri muka pulut itam yg xmenjadi pulutnya, lembik ckit. Lain kali kene kurangkan santannya. Pepon, layannnn :)

Wednesday, March 30, 2011

SpHaGeTTi CaRbOnArA

Assalamualaikum...
 
 
   Malam ni buat sphagetti ni tuk anak (ibunya pon tumpang 2 kaki hehehe). Recpnya amik kat blog ummi@homesweethome, habiskan stok yg ado tp bila buat banyak gak la n anak suke, sedap katanya..pepon, layannn. Resipinya leh tengok kat blog umi ekk...:)

Tuesday, March 29, 2011

StObERi FrEsH Dr Cameron Highland

Assalamualaikum...



   Hah! baru nak post en3, cepat2 sblom anak bangun he3. Ni Buah n sayur adik kasi, kebetulan die gi Cameron Highland jalan2 ngan familinya...so, saya oder la buah stoberi. Segar kan? dan kebetulan juge kawan dari johor nak datang, saya buatkan kek coyat n terhasillah ni....
   Biase2 jer kan...plannya nak letak 'buttercream' tp anak plak ganggu so, wat yang ringkas camni jer la. Sronok kawan sbb die suke kek coyat ni, buat khas la tuk dia bukan senangkan nak jumpe. Sekali-sekala tuk tetamu kene la wat yg elok...pepon, jom layannn.

Friday, March 25, 2011

SeLaMaT PaGi.....

Assalamualaikum...

   Hari nie awal ckit bersiarannyer, sbb anak masih lagi tido n kerap gak tu terjaga, terpaksa enjut2 je buai smbil menaip nih. Hari ni plak sarapan cucur jagung+kucai+bawang je, tupon sebab lebihan yang semalam gorengnya. Klu tak makan roti canai segera la jawabnya hehehe, layan je la ekk cucur nih n gambar pon xcantik sangat cam blog yg lain tu nampak cam makanan otel jer, terliur nengoknyer....