Saturday, July 23, 2011

iKaN TeMpRa NyOnYa

Assalamualaikum...

    Lauk ni buat semalam tp xsempat nak post...ni br nak post xpe kan hehehe. Sedap la, simple jer. Mulanya ingat nak goreng jer tp lepas intai2 blog jumpe recp ni, trus nak buat :) Lupe plak nak letak cili mesin ckit dan xletak kicap cam k.ummi sebab goreng jer ikan tu trus dah gelap, banyak kot asam saya lumur ikan tu hehehe. Pepon, jom layannnn :)

IKAN TEMPRA NYONYA
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen 
CnP: blog k.ummi

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni)
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang putih - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Thursday, July 21, 2011

CREPES DURIAN

Assalamualaikum...

    Sekali pandang cam kuih ketayap la plak kan? ala....adik bradik le tu hehehe. Memandangkan ade duyan dlm peti es tu, jadi saya try buat nih.  Bila makan sejuk dan kalau ade eskrim lagi besttt. Saya letak isi durian ngan whipp cream yg picit tu jer....sedap la ngan kulitnya yg lembut.

    Kulitnya saya cube recp dalam asian food channel oleh chef Xu's tol ke tak ek, lupe dah. Dari Taiwan kalau xsalah la....Jom layannnn

Bahan2 :
250ml susu segar
2 biji telur
130gm tepung gandum
asen vanila (optional)
minyak salad@butter cair@ minyak jagung (agak2, saya letak 1 sudu besar)
sikit air, kalau adunan pekat 
caranya:
1. Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Tambah susu, kacau. kalau pekat, tambah air sikit.
2. Tapis adunan dan masukkan minyak. Sapu pan ngan sedikit minyak@butter dan dadarkan menjadi bulat. Letak inti yang disukai, hidangkan....

Sunday, July 17, 2011

BuBuR NaSi

Assalamualaikum...

   Hari ni kureng chat, jadi makan bubur la sedap ckit tekak ni. Buat semudah yang mungkin sbb xlarat nak berdiri lama2, seram sejuk je badan ni. Layan jer la ek menu yang xseberapa ni, makan ngan sambal bilis dan telur masin. Jom Layannn :) 
    ok, malas nak cakap banyak...nak rehat jap :)

Friday, July 15, 2011

KeTuPaT

Assalamualaikum...

   Kebiasaannya ketupat pemes masa hari raya tapi sekarang anytime leh makan kalau kepingin nak makan hehehe. Hari ni saya dapat makan ketupat daun pisang, mak buat kat umah adik dan diorang dah balik kampung dah. Dah 3 minggu mak kat umah adik ngasuh anaknya sebab adik gi kursus. Cepat je kan masa berlalu....
Ketupat Daun Pisang

    Memandangkan mak dah buat ketupat jadi saya buat la rendang....leh la makan ngan nasi sekali. Adik plak beli durian, dapat la merasa makan durian ngan ketupat. Mmmm yum3 sedap :) Daun palas xde, daun pisang pon ok dan harum baunya.

   Adik yang bongsu plak datang dari kg bawak buah rambutan pokok ayah tanam, dapat la merase gak dan mcm2 dapat. Seronok gak ek duduk jauh2 sekali2 dapat gak kiriman kampung :) Pepon, layannn :)

Tuesday, July 12, 2011

Yeahhhh xYaH MaSaK....

Assalamualaikum...

   Hari nie bawak anak kecik gi ospital TAWAKAL, demam jap ok jap tak risau gak takut efect ape2. Makan pon xnak apa lagi makan obat, muntah balik kalau makan. Air masak pon xnak, sampai mata dah xlarat nak angkat dan asyik nangis jer huhuhu. 
  Nasib baik xkene tahan masuk wad, doc bagi ubat dulu dan kalau xok baru masuk wat. Darah xok....sian masa kene amik darah, nangis kuat tol sedih dengarnya huhuhu. Harini kena gak paksa makan bubur, minum dan makan ubat kalau tak kena la dok otel TAWAKAL tu.

    Balik terus dan xsinggah mana2 sebab anak xsihat lgpon xde sale hahaha. Sampai genting sempah terus berenti beli McD jer lgpon lauk semalam ade lagi....penat dah semalam tidur2 ayam jer badan anak panas dan xdapat tido nenyak. Pepon layan jer la ek :)

Thursday, July 7, 2011

MaKaN MaLaM

Assalamualaikum...

    Menu ni buat semalam rujuk daripada buku senangnya masak daging oleh chef hanieliza. Hari ni baru sempat nak post, asyik tertunda jer nak update blog. Laptop satu jer, nak gunenya ramai hehehe. Nak2 plak cik somi asyik donlod game jer masuk ipad, xberkesempatan la saya. Snap gambr pon ala kadar jer ek, nak touch up pon xsempat....layan jer la...:)

    Ni plak tuk makan malam hehehe maunya xmuncit perot tu....asalnya cik somi janji ngan anak nak beli satey ari selasa tu, last2 xbeli....jadi kene ganti la ngan KFC. Semalam kuar beli barang dapo n singgah, sedap la OLE tu sampai berebut ngan anak hehehe.

 Roti hangus daaa, ayam anak xmo makan n simpan tuk arini :) kenyang berebut ngan ibu hahaha

Tuesday, July 5, 2011

BLaNdEd MaNggO CaKe

Assalamualaikum...

   Kek yang dah lepas baru nak post, adaptasi dari blanded orange cake digantikan ngan mangga. Tetap lembut dan moist tp kalau letak esen mangga atau emulco mangga ke pasti cantik dan harum (ade ke esen mangga ek hehehe). Saya cume letak pewarna kuning ckit tp xcantik gak wananya....sempat snap ni jer yang tinggal. Pepon jom layannnn :)