Wednesday, June 29, 2011

AppLe CrUmBLe

Assalamualaikum...

    Pagi nie sarapan apple crumble yang buat semalam. Kes nak abiskan 2bj apple yg dah lama dlm peti es tu, rasanya dah sebulan lebih dah kot hehehe tp masih elok lg. Makanya...terhasil la apple crumble ni, sebab senang jer nak buatnya dan dapat la satu acuan kecik tu...pepon jom layannnnn :)

Friday, June 24, 2011

iNti CoKoLaT

Assalamualaikum...

   Cokolat Filling dah lama buat tp baru arini nak post hehehe. Lupe plak, recpnya saya amik kat blog k.nor@secubit garam tu...best n sedap. Nak makan ngan roti semalam gi kedai roti dah abis plak. Nak buat ape lagi ek ngan inti coyat ni, mmmmm...pepon jom layan n leh nengok recp di bawah k :) TQ k.Nor & Puan Azlina Alias.....
CHOCOLATE FILLING (versi edit)
kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam
180gm gula castor
60gram serbuk koko
60gram tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
60gram mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
Masukkan mentega dan vanila.
Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Tuesday, June 21, 2011

DoNuT YoGuRt BaLL

Assalamualaikum...


   Donut ni buat semalam, memandangkan ada lg yogurt berries buat jer hehehe. Recpnya hasil intipan blog izah daut yang famos ngan mappin tuuuu :) TQ izah n sumber2 yg sewaktu dengannya, sedap n mudah nak buat.  Mintak ijin CnP cni plak ye....Jom layannn ;)

DONUT YOGURT
sumber: nollyarwen@myR
resepi asal : vediojug.com
CnP: izah daut


250 gm tepung gandum
80 gm gula *saya letak 3 sudu makan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
125 ml plain yogurt
1 sudu besar yis segera * saya guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
20 gm butter dicairkan
*saya tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak untuk menggoreng


* resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya:

    Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
    Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
    Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
    Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
    Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
    Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! =)

*saya jemputkan aja dengan tangan. Memang mudah dan sedap!!


Saya letak inti coklat yang dibuat semalam gak, yum2 lagi sedappp :)

Monday, June 20, 2011

SELAMAT HARI BAPA....

Assalamualaikum...

   SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA BAPA2 DAN BAKAL BAPA2 1 MALAYSIA...esspecially...tuk somiku yang terchinta, terima kasih untuk segalanya. Ibu dan anak2 sayang walid ;) saya buat slice cheese cake xde topping sbb somi saya suke yg plain jer...kek lain die xmakan kecuali cheese, indulgence n coklat cake ;) nak belajar wat indulgence cake plak la kan w/pon nak buatnya leceh ckit. cobaaa jgn xcobaaa hehehe.

 
    Alamak nape gambar terbalik nie...padahal dah save cantik dah. Aduhhh, nak buat camne ek???? xpe la, layan dulu ek kek n kad ni buat tuk somiku n kad tu dari kakak tuk walidnya. Layan jer la...hehehe :)

Sunday, June 19, 2011

PuDiNg

Assalamualaikum...

   Semalam dah nak post dah en3 tapi anak plak wat hal, asyik tertangguh jer. Ni pon nak post masakan yang dah lepas, layan jer ek. Bz bebeno cik nim ni, bukan ape kalau anak jage tu nak nengok muke die jer. Bangun jap jer trus nangis, kadang2 tu prepare nak masak dari pagi....petang baru leh masak cik jah oii. Phening3 hehehe, sabo jer la... eh! melalut lebih plak, jom nengok menunya :)
    Puding ni pon dah biasa orang lain buat kan? buat ni kes nak abiskan roti yg banyak xabis tuuu :) recp amik dari biras n ade gak refer yg k.nor punya. rasanya yg recp k.nor ok tu xlembik sangat n elok cam k.nor buat ;) k.nor mintak CnP ek, TQ...

BUTTER BREAD PUDING Dgn SOS KASTARD
resipi : K.Nor@SecubitGaram 

rujukan: recp k.ana @ FB

10 - 12 kpg roti

butter secukupnya
500ml susu fresh
4 sudu besar gula halus - biras saya letak 1cwn tp saya letak 1/2 jer
3 bj telur
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar tepung jagung - saya xletak
sedikit kismis dan choc chip - saya letak jagung jer 1/2 tin

*saya xsediakan sos kastard....


Caranya:


1. Sapu roti dgn butter dan potong . Susun ke dlm loyang yg dah digriskan.
2.Masukkan susu, gula, telur, vanila dan tepung jagung ke dalam sebuah bekas dan kacau   hingga sebati.
3.Tuangkan adunan ni ke atas roti yg dah disusun td dan biarkan meresap lebih kurang 10 minit.
4. Taburkan kismis dan choc chip ke atas roti td. (kalau nk letak kismis dan choc chip ni selapis demi selapis masa menyusun roti pun boleh jugak.. terpulang la ya)
5.Bakar puding roti dm oven yg dah dipanaskan (175 -180C) lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.
6.Sejukkan seketika baru lah di potong dan dihidangkan begitu saja atau dgn sos kastard.

Wednesday, June 15, 2011

AnEkA KuiH

Assalamualaikum...

   Lama saya xupdate blog ni, bukan xde gambar nak post tapi xberkesempatan....maklum la anak kecik :) ni pon time anak dah tido nyenyak, kalau siangnya tido kejap2 jer. Tengok jer la ek masakan yang dah lepas.
Puri Kentang
    Kuih ni buat ari isnin lalu, BW tengok recp kat umah izah. Memandangkan bahan dah ada n puasa aritu, trus buat. Sedap dan menjadi, anak n suami suke dan sedap dicicah ngan kari...izah, mintak ijin CnP kat cni ek :)

ROTI PURI KENTANG
sumber: kak Fida@Myr
CnP: izah daut

Bahan-bahan ( 8 keping )

125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
120 g tepung gandum (1 cawan rata)
1 sk garam
50 ml air hangat (10 sb)
secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
Siap untuk disajikan



Lempeng Kelapa
   Kuih ni plak kes nak menghabiskan kelapa baki buat kuih sagu, juga makan tuk berbuka puasa. Recpnya saya amik kat blog CMG (Che Mat Gebu), maap la gambar xsecantik che mat. Xsempat nak edit kasi cantikkkk :) boleh tengok recp n gambar yang cantik kat link tu k.

LEMPENG KELAPA
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 cawan air (kurang lebih)
Secubit gula halus (optional)
Garam secukup rasa
Sambal tumis, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)

    Satukan semua bahan2 diatas kecuali sambal tumis, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata dan rehatkan sekejap..
    Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lenser dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kelihatan pucat.
    Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda...
Kuih Sagu
    Kuih ni saya amik recp dari biras, menghabiskan baki sagu buat kuih abok2. Baki xsampai 1 cawan, jadi saya buat la sbb saya sorang jer yang makan....mulanya plan nak ziarah makcik jiran sebelah umah ni tapi dia dah balik umah anaknya. Takde rezeki dia kan? tapi tetap bagi tuk anak cucu yang ada....Jom layannnn :)

KUIH SAGU
Sumber: k.Ana (biras)

2 cawan sagu - di rendam selama 2 jam..toskan..kalau tak rendam nnti bila masak nampak sagu yg putih2 tu dan bila makn x sedap keras..
11/2 cawan gula pasir
pewarna merah @ sirap ros..wangi sikit..
2 cawan air

Caranya :

1. masak gula, pewarna dan air sahaja sehingga mendidih dan gulanya pecah. kacau..pastu  masukkn sagu. kacau..dari sagu tu bewarna pink..., kacau hingga jadi warna merah.
2. Dah masak..pastu tuang dlm loyang..bila sejuk barulah di potong..
3. kemudian salutkan dengan kelapa parut..

Sunday, June 12, 2011

MeMeRciK LaGiiii

Assalamualaikum...

Ayam Percik  

   Amboi3 baru sekarang leh update blog. Sejak balik dari kampung ari selasa tu xleh nak online, baru je on laptop anak kacau. Ditambah pula penat balik lom abis lagi, lagi laaaa malas nak update tp masak tetap kene masak :) Tengok jer la ek, masakan lepas ni. Ayam percik ni recp Ayam goreng berkuah percik sebenarnya tapi dibako....Jom layannn :)

Saturday, June 4, 2011

'QuiCK BrEaD'

Assalamualaikum...

   Belum tido lagi saya time nih, baru je sudah wat 'quick bread' ni tuk balik kampung pas subuh nanti. Cuti sekolah kan...anak kecik pon tido lewat, tengah BZ buat kek ni dia jaga. Nasib la dah adun semua tinggal nak bako jer hehehe.
'Quick Bread' Coklat Kacang
    Ni lah dia...nak kata kek, namanya quick bread? tapi sedap. Garing di luar dan gebu di dalam cam kek pon ada :) cube la ye, sedap ke tak tp pada tekak saya ok, sedap ditambah makan dengan buah-buahan segar. Saya makan dengan whip cream jer sbb kat atasnya saya dah tabur coklat chip.

   Ni rupa bahagian atasnya....memang merekah cam ni n garing kat luar....kalau makan nagan eskrim pon sedap ni :) Jom layan Recpnya....


'QUICK BREAD' COKLAT KACANG

Sumber: koleksi coklat (siri 7), oleh NOR AINI ADNAN

Bahan2:

55gm serbuk coklat
300gm tepung serbaguna
1 1/2 sudu kecil serbuk soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
200gm gula perang
1 biji telur
75gm mentega @ marjerin
250ml susu segar*
1 sudu besar cuka epal* (xde cuka epal, guna jus limau nipis jer) - satukan bhn bertanda ni   dan biar selama 20minit
1 sudu kecil esen vanila

Hiasan

Parutan coklat bersusu
kacang kisar
Buahan cincang spt stoberi dll.

Caranya :

1. Campur semua bahan dan kacau rata (saya ayak bhn kering, baru campur dlm bhn basah)
2. Tuang ke dalam acuan berukuran 20cm x 24cm, beralas kertas serap minyak. (saya guna acuan roti)
3. Bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah selama 30-40 minit hingga gebu dan garing. (ikut oven masing2)
4. Keluarkan dari oven dan hias dengan bahan hiasan. (ikut citarasa masing2)

Friday, June 3, 2011

BaRu MeNjAdi

Assalamualaikum...

Apam Mekar
   Kuih ni dah buat 2ari lepas tp xsempat nak post, arini baru leh wat en3. Banyak kali cuba buat apam ni tapi xmenjadi dan baru kali ni menjadi hureyyy, senyum pon mekar cam kuih apam nih hahaha.
Apam Mekar
    Anak pon suke, banyak dia makan. Sebelom tu kan ade buat apam chocmilo tp saya sorang jer yang  makan....apam ni baru dia makan, lembut n sedap katanya :) cuma kaler je yg kureng menarik sbb nak buat wana ungu xde pewarna jd saya mix wana merah n biru. Ape pon, Jom layannnn :)

APAM MEKAR V2  aka BOLU NCC- Source Dapur Ipoek
CnP; Paty's kitchen ( +- 1/2 adunan )

INGREDIENTS
1 egg /1 butir telur ukuran besar
115 g sugar /115 gr gula pasir
125 g flour /125 gr tepung gandum, ayak
1/2 tsp double action baking powder /1/2 sdt baking powder double acting
1/2 tsp ovelette / 1/2 sdt ovelette
75 ml evaporated milk / 75 ml susu cair

1.  Heat up steamer and ensure you have sufficient water /Panaskan dandang kukusan.

2. Pastikan airnya cukup banyak agar menghasilkan uap yang banyak dan panas.
3. Insert cupcakes papers in mold /Alasi cetakan bolu kukus dengan cup kertas.
    Combine all  ingredients and whisk by using mixer for 10 minutes till fluffy /Campur
   semua bahan dalam mangkuk . Pukul selama 10 minit sampai lembut dan mengembang
4. Divide mixture into 3 portion and colored according to your choice / Bahagi adunan
    kepada tiga dan warnakan ikut warna kegemaran anda.
5. Pour nixture into mold. Make it layer by layer /Masukan adunan berselang seli dalam acuan. Steam for - 10 -15 minutes/ Kukus selama 15 minit.

Thursday, June 2, 2011

ApAm & ApAm

Assalamualaikum...

   Dah masuk ari kamis ni, anak kecik dah tido baru dapat post en3. Tak boleh nak on9 kalau anak jaga, baru jer nak on9 kena kacau. Adehhh, anak tido kejap2 susah nak on9 sampai kadang2 tu malas nak on laptop hehehe. 
Apam Pisang ChocMilo
       Apam ni buat ari selasa petang, tengok bahan n cara buat pon mudah. Sebenarnya sebelom2 ni penah buat apam tp xpenah yg jadinya. Bila BW dan tengok gambar cantik2 tu yang tertarik nak buat hehehe.

   Apam ni amik recp kat blog k.ita, masam manis. Bila buat jd lebih mekar plak, masa buat apam mekar dulu xmo jd camni huhuhu. Ape pon memang sedap n lembut n moist apam nih, TQ k.ita dan sumber2 recpnya n saya CnP kat cni plak k :)

APAM PISANG CHOCMILO
sumber : Noorsha

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan milo
1 sudu makan koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak -
1 cawan gula perang @ gula halus -
1 cawan pisang lenyek
1 sudu makan susu cair @ susu segar (optional)
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan

Caranya:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, soda bikabonat, baking powder, milo dan serbuk koko. ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, minyak @ butter cair, gula, dan susu. kacau hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam campuran puisang tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga rata.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh. 
    Taburkan coklat chip di atasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
6. Kukus dengan api sederhana selama 15-20 minit.

Wednesday, June 1, 2011

MaKaN aLa ViEtNaM

Assalamualaikum...

    Nak post n3 pon lewat 1-2 hari. Kadang2 kalau lewat ckit jer dah malas nak post en3, subuk ngan anak2 sampai terlupe :) sedar2 dah tengah malam. Ni recp semalam VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN, panjang gak namanya kan. Tengok kat blog izah, katanya sedap jadi bahan semua dah ade, try la n memang sodap. nampak cam masak kicap kan sebab anak tanye, 'ibu, ni ayam kicap ke?' hehehe. Pepon jom layan....:)


VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
sumber: tulip77@myR
cNp: blog izah

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.