Friday, August 19, 2011

DFCC

Assalamualaikum...

   Dah lame tringin nak buat DFCC ni, ramai kawan2 blogger cakap sedappppp bangat hehehe. Plannya nak buat tuk besday sendiri tp xdapek nak buat sbb bz ngan anak kecik yg soh melayan die jer hehehe. Jadi kelmarin sblom sahur trus godek2 keknya tu lom topping lg sampai petang baru siap letak topping coyat n cheese tu. Mmmm berbuke ngan kek tu la....




   Mulanya nak buat 2 adunan tp pikir2 kang diorang xsuke jenuh le saya sorang yg makan dan bertambah le lomak2 dalam badan ni khikhikhi. Saya buat kek satu adunan, topping cheese 1/2 adunan (tu pon ade lebih) dan coklat agak2 jer (banyak gak tu).

   Bila dah makan tu perghhh sedap la....somi pon kate sedap cam eskrim. Sudah tinggal setengah dah...dalam peti es tu. Trima kasih kepada penyumbang recpnya ek, saya CnP recpnya dari blog Mas Duniaku juga intai2 kat blog K.Nor Secubit Garam. Saya kopi pes kat cni plak. 


Devil's Food Chocolate Cake
Resepi : cupcakeschek.blogspot.com
Sumber : Noorsha, Kak Ayu Spore dan Kak Nor
CnP: Mas duniaku

Bahan² :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
3/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/2 cawan gula halus - Noorsha guna 1/4 cawan saja
1/2 cawan gula perang - Noorsha guna 1/4 cawan saja
65 gm butter
1 biji telur Saiz A
1 sk esen vanila
1/4 cawan buttermilk* - saya guna susu cair 1/4 + 1/4 sudubesar cuka, biar 20min
1/2 cawan air suam

Bahan² untuk homemade buttermilk :
1 cawan susu segar
1 sb cuka masakan
* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan  sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.

Cara membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. bergantung pada oven masing2 ya...
Griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata. Masukkan vanila esen dan kacau sebati.
Bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama  untuk menguji kek sudah masak @ belum.
Jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar.

Bahan² Untuk  Cream Cheese Frosting : - saya wat 1/2 adunan jer
250 gm philapedia cream cheese
125 gm butter
1 cawan icing sugar - noorsha guna 1/4 cawan saja
1 tsp esen vanila
1 st lemon jus

Cara² untuk Cream Cheese Frosting :
pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi.  kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.
p/s : kak Ayu suggest untuk buat 1/2 saja dari resepi frosting ni bagi suukatan kek diatas.. tapi Noorsha buat 1adunan untuk cream cheese ni sebab nak rasa cheese yang lebih :)

Bahan² Untuk Chocolate Ganache :
200 ml double cream @ whipping cream
250 gm dark chocolate
secubit garam

Cara² untuk Chocolate Ganache :
menggunakan kaedah double boiler (satu periuk berisi air, satu lagi periuk lebih kecil di letak diatasnya. biar periuk yang kecil itu terapung), masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair. masukkan sedikit garam. kacau rata. biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti anda....sedia dihidang :)

   

MeNu SaHuR

Assalamualaikum...

   Pening gak kan hari2 kene pikir nak masak ape hehehe. Saya waktu berbuka kalau ade kuih, sahur baru makan nasi. Kalau xde kuih trus makan nasi waktu berbuke....
Udang Goreng Mentega
Daging Goreng Kunyit wif Kacang Panjang
    Ini jer menu time sahur sebab somi xsuke sangat yg berkuah-kuah, xlalu nak makan katanya. Kalau camni menambah selera ckit, kadang2 makan ikan kering ngan nasi panas2 pon dah sodap dahhhh malah bertambah-tambah lagi :)) Jom layannnn ;)

Saturday, August 13, 2011

BaRu MuNcuL

Assalamualaikum...

   Selamat pagi semua...baru arini dan saat ini leh online. Lame xupdate blog sbb tuan rumah kurang chat seisi rumah akibat cuaca xmenentu ni ditambah plak dengan kemalasan. Mmmm masak tetap kene masak, tapi bila abis semua kerja dah lewat malam. Faham2 jer la ngan anak kecik yg xnak berjauhan ngan ibunya kan hehehe.
   Pagi2 ni nak post jer gambar masakan yg tertangguh ni...Layan jer la ek. Rase malas plak nak criter panjang2 :)

Apam tapai nasi + eno
    Apam ni saya amik recpnya dari biras saya yang memang buat jual kuih-muih dan macam2 lagi la yg dia jual kat Kem Tentera Laut Lumut tu. Dia juga pandai menjahit baju dan langsir, macam2 rekaan dia buat. Eh! terlebih cakap sudahhh hehehe. k la kita nengok recpnya...memang gebus n lembut.

APAM TAPAI NASI
Sumber: k.ana (birasku)

Bahan2:

tapai nasi
1 cawan nasi sejuk
ragi 1 sudu kecil - hancurkn dn ayak ats nasi, gaul dn perapkn 3 malam sehingga mnjd tapai

hr ke3.....
1/2 kilo tepng beras
1 cwn gula pasir
1 cwn air ( blender dngn tapai)
blander + dgn tepung beras + 1/2 cwn air ( biar lekat bnyk d' tgn )
perap semalaman

esoknya....
1. adunan di atas + dgn eno 2 peket
kacau naik buih pekat.bolehlah dituang d'dalm acuan dn d'kukus. air kukusan hndklah betul2 panas. api kuat. kalau hndk d'letakkn pewarna pun boleh jg. bila masak keluarkan.. biar seketika, barulah d'keluarkn dr acuan..

ATAUPUN

*1 cawan tapai ( cara membuat tapai seperti di atas )
*1 cawan gula
*2 cawan air
3 cawan tepung beras

*blander bahan yg brtanda sehingga halus.. kemudian tuang ke dalam tepung beras.. gaul sebati..( perapkan semalaman )….kalau nk buat minum petang.. pagi boleh siapkan adunannya.. petang boleh dikukus…

Esoknya.. campurkan eno 1 bungkus kecil ked lm adunan perapan semalam..
Gaul bg eno sebati dan adunan akan kembang dua kali ganda.. panaskan kukusan dan bolehlah mula dikukus. Kukus 15 minit sehingga masak..
Apam yg panas2 tidak boleh dikeluarkan lagi dr acuannya. Tunggu sehingga suam/sejuk..
Kalau tidak, apamnya tidak cantik…

Thursday, August 4, 2011

En3 TeRgEnDaLa

Assalamualaikum...

    Menu ni dah lama buat tp xsempat nak post....ada lagi yg xsempat nak post selain cottage pie ni. Kita nengok dulu yg ni k. Recp ni saya amik kat blog k.nor dan berkenan sebab kentangnya dan kebetulan juga kentang banyak, jadi saya try buat...

   Memang sedap la bila makan ngan combine ngan daging  n cheese tu. Saya letak slice cheese ja hehehe, banyak gak dapatnya dan banyak yg saya makan sbb somi xmo, anak plak mkn ckit je. Ingatkan bila dah ada kentang diorang mau makan, mmmm berlomak la badan den ni haaaaa :) pe pon jom layannn n k.nor mintak ijin CnP yea...
COTTAGE PIE My Style
sumber rujukan : CFE
CnP: k.nor @secubit garam

Bahagian Atas:
500gm ubi kentang ~ lebih kurang 5 bj yg besar
air secukupnya
2 sudu besar butter
sedikit lada sulah ~ boleh juga kalau nak guna serbuk lada hitam
garam

Bahagian Bawah:
400 gm daging cincang
1 bj bawang besar (bawang holland)
1 btg carrot
1 btg celery ~ optional
3 sudu besar tomato puree ~ atau boleh guna 5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ boleh gantikan dgn serbuk lada hitam
1 sudu teh rosemary kering
1/2 cawan air rebusan kentang
 garam secukup rasa
1/2 sudu kecil gula
1 sudu besar tepung gandum ~ utk memekatkan
3 sudu besar minyak sayur/bunga

Bahan Tabur:
2 sudu besar butter sejuk yg dipotong kecil2
parutan keju cheddar


Cara2:
Bahagian Atas:
1. Masak air hingga mendidih dan masukkan ubi kentang yg dah dipotong dadu.
Masak lagi hingga mendidih dan ubi kentang masak/lembut. Angkat dan toskan ubi kentang.
Ambil 1/2 cawan air rebusan dan ketepikan. Lenyekkan bersama butter, sedikit lada sulah dan garam. Ketepikan.

Bahagian Bawah:
1. Bawang, carrot dan celery dipotong dadu.
2. Panaskan minyak sayur dan masukkan bahan2 yg dipotong dadu td. Masak dan kacau2 selama lebih kurang 15 minit pastu masukkan daging cincang. Kacau2 supaya daging tidak berketul2.
3. Masak sehingga daging berubah warna dan miringkan kuali atau periuk. Buang lebihan minyak yg ada (biasanya daging cincang mmg terkandung lemak dlmnya).
4. Masukkan tomato puree/sos tomato, serbuk cili, serbuk cili kasar/serbuk lada hitam. Goreng hingga naik bau dan masukkan 1/2 cawan air rebusan kentang. Masak hingga hampir kering dan masukkan garam dan gula (jika suka).
5. Masukkan pula tepung gandum dan kacau hingga sebati. Pastu masukkan dried rosemary.
Masak lg lebih kurang 2 minit dan bolehlah dipadamkan api.

6. Tuangkan bahagian bawah (daging) ke dlm mangkuk tahan panas atau boleh juga digunakan ramekin. Ratakan. Letakkan bahagian atas (kentang) ke atas bahagian daging td. Ratakan supaya menutupi keseluruhan bekas.
7. Dengan menggunakan sudu atau garfu, lorek2kan bahagian atas supaya nampak fluffy (tak flat jer kentang tu) nanti bila kita bakar nanti, akan terasa crunchy sket. Tabur parutan keju dan potongan butter.
8. Boleh juga kalau nak tabur sedikit serbuk cili kat atas ni spt yg CFE buat.
Bakar dlm oven yg dah panaskan dgn suhu 190C selama 1/2 jam atau sehingga golden brown kat permukaan atas tu.
9. Boleh la dihidangkan panas2..dan cicah plak ngan sos n mayonis, wallahhh :)

Wednesday, August 3, 2011

KaRiPaP BeSaR PuNyAAAA!

Assalamualaikum...

   Sebelom tu saya nak letak dulu kad salam ramadhan dari izah ni. Baru arini saya leh update, banyak yang miss. Anak kecik ni xleh nak tinggal kejap, baru jer on laptop dah nangis.....banyak gak menu2 yg tertangguh tuk disiarkan :) pepon kita layan jer la yg terbaru k.

dari Izah, cantik kan? TQ izah...


   Asalnya karipap ni nak buat tuk berbuka semalam, sedang menguli tepung anak kecik dah nangis2. Kakak nak main pon xnak, nak saya gendong....terbengkalai tepungnya. Bila somi balik baru sudah uli tepung, last2 time sahur tadi baru goreng. Huh! adik kalau dah merengek tu sampai xleh nak buat keje ape pon dalam umah ni, nak berkepit ngan ibu huhuhu. 

   Karipap telur besar yang simple, cam karipap biasa kulitnya cuma kita besarkan dan intinya letak telur. telur tu cam kita nak buat telur dadar, letak bawang, cili n daun sup or apa2 bahan yang anda suke la...saya guna piring tuk letak lauk goreng tu lebih kurang 6inci, yg dalam ckit dasarnya. Canai kulit biar besar ckit dr pinggan supaya kita boleh klim nanti.

    Mak saya selalu buat karipap ni dan masa dia datang umah adik aritu xsempat nak letak kat blog nih. Lupe plak nak tanya kat mane dia dapatkan recp ni tp senang jer kan intinya tu dan kita boleh pelbagaikan inti mengikut kesukaan kita. Saya buat ni pon sebab somi dan anak suka giant karipap katanya dan leh abis 2biji. Pepon jom layannn sblom anak kecik kacau ;)

   Recp xde ek sbb semua orang tau kan camne nak buat karipap...cume gunakan piring yg dalam ckit dasarnya supaya bila kita lipat telur tu xmeleleh keluar dan mudah untuk klim tepinya....:)

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA....

Assalamualaikum...
 
 
   Salam Ramadhan buat semua kawan2 blogger, semoga dengan ibadah kita tahun ini akan lebih baik dan penuh berkat dari yang sebelomnya...sama-samalah kita manfaatkan dengan perkara2 yang lebih berfaedah :) layannnn