Monday, April 25, 2011

SaRaPaN

Assalamualaikum...

    Selamat pagi semua...huh! baru leh on9 ni. Dari semalam nak jer on9, anak bangun tido n ngamuk, time awal pg gi pasar. Anak cam xpuas tido jer, xsampai 15 minit jage susah nak buat keje. Nak tido pon nangis puas2 baru tido, puas pujuk...penin3. Pagi ni sarapan pisang goreng n roti goreng rangup, ni pon yang lebihan semalam la hehehe.

    Ni plak sarapan pg semalam, ala2 omputih giteww hehehe. Makan secepat yang mungkin pastu siang ikan berkilo-kilo n start masak tgahari plak, leguh kaki den ni berdiri lame2. Saya sorang jer sarapan ni, asben makan nasi n anak makan nugget beli kat pasar pg tu...

   Ni Bihun Sup Eco Brown, xletak wana kuning sbb asben xsuko. Bihun ni wana perang ckit n xputih cam bihun biasa....tengok tu sampai xnampak bihun hahaha. Xde ekk recpnya sbb semua orang tau kan nak buat bihun sup....pepon, jom layannn
 

Saturday, April 23, 2011

KeK CaWaN DuRiAn

Assalamualaikum...

    Semalam godek2 kat dapo wat kek ni tp saya xletak dalam cawan kertas sbb xcukup, jadinya saya letak dalam acuan lompang. Nampak cam xjadi je kan? sebenarnya ikutkan gune tepung naik sendiri tp saya guna tepung gandum n tambah baking poder ckit. Mungkin sebab ni kot kurang jadiannya. Pepon Jom layan recpnya yang sonang ni...


KEK CAWAN DURIAN
Sumber: Buku Jom Masak (kuih)
Bahan2:
150gm tepung naik sendiri
30gm tepung beras
2 sudu kecil Double Action Baking Powder
150gm gula
200gm air
100gm isi durian
1 sudu kecil tepung kastard
Caranya:
1. Kisar isi durian bersama air hingga jadi jus.
2. Ayak semua tepung dan baking powder. Satukan tepung yang diayak tadi dengan gula, jus durian dan tepung kastard.
3. Alaskan kertas kalis minyak dalam cawan kecil dan tuangkan adunan durian tadi ke dalamnya. Kukus selama 15 minit dengan menggunakan api tinggi.
Ni gambar sebenar dalam buku itewww, gebus kan? mmm lain kali cube lagi la.... :)

Thursday, April 21, 2011

DoNuT Ubi KeMiLi

Assalamualaikum...

    Petang tadi wat donut nih, sian ubi kemili dlm peti es tu xde sape nak makan. Sayang nak buang, amik recp donut kentang tukar ngan ubi kemili...recpnya xtau sumber mane lupe plak nak tulis dr mana. Pepon tgok la recp simple ni...
Donut Kentang

Bahan:
4 cawan tepung gandum - saya buat 1/2 adunan cmpur ubi kemili, 1/2 lg biasa
3 sudu besar marjerin @ butter
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam
1 cawan air
1 paket yis
1 biji kentang (rebus&lenyek) - saya ganti ubi kemili 1/2 cawan
* saya gune air suam + yis bg berbuih br cmpur dgn tepung

caranya:
Blender semua bahan kecuali tepung, pastu uli dengan tepung dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2-1jam. Selepas tu terap atau bentuk ikut suka dan goreng hingga keemasan dan gaul dengan gula halus.



Menu lepas2, Char koey teow sos penang mari...


 Bubur kacang wif durian

AyAm BeReMpAh

Assalamualaikum...

    Arini wat ayam berempah ni, recp dari biras. Dah xtau nak masak ape ek, mmm...makan ayam n kari ikan arini. Kari biase2 jer xyah la letak :) Bahan2 pon simple n cepat nak buat cume klu nak lebih sedap perap lame ckit. Recp nanti update anak dah bising ni hehehe. Pepon, jom layannn

Ayam Goreng Berempah
sumber: K.ana (biras)


Bahan: Aggaran


10 ketul ayam
1 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1 sidu besar rempah kari
sedikit kunyit hidup
1 biji telur
cili padi ikut citarasa
garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung (untuk salut ayam)
* kisar semua bahan, gaul dengan ayam dan perap sekejap (lg lama lg bagus). Goreng dgn minyak banyak (tenggelam ayam) hingga kekuningan n masak.

Wednesday, April 20, 2011

ChEEsEE CaKe LaGiiii

Assalamualaikum...

    Buat lagi Stereo cheese cake tapi kali nih yang bakar pulak. En3 sebelom ni kan buat yang xyah bako, kali ni kite bakor jer...cam tagline seseorang jer hahaha. Nampak comot la plak ish3, kali ni wat dalam loyang kecik ckit. Nampak kureng cantik...

    Selepas dipotong ni la rupanye...yg ade topping coklat tu saje jer wat 1 slice. OK, sedap. Recpnya saya gune yg mula2 buat cheese cake, leh klik senarai recp kat sebelah kanan tu ye. Cuma saya buat base guna biskut stereo n letak ckit kat dalam tu, pepon jom layannn :)

Sunday, April 17, 2011

SuPeR MoIsT EggLeSS ChOcOLaTe CaKe

Assalamualaikum...
 
   Ramai yang buat kek ni, terasa ingin nak cuba plak tp saya letak dalam cawan kertas senang ckit nak makan. Memang super moist, try 1 adunan dapat lebih kurang 8 cawan kertas yang besar tu. Lain kali nak buat 'double' dalam loyang plak.
 
   Saje jer letak ising 3 biji sbb ade ising lebih wat kek aritu. Hias cara orang xpandai hehehe. Recp biasa la sape xtau kan dr DJ kite tu, mintak ijin CnP ekk tuk kek yang sedap nih :) Tenkiuuuu, Pepon jom layan...

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

    * 1 cawan tepung gandum
    * 1 sudu kecil baking powder
    * 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    * 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
    * 2 sudu besar susu tepung
    * 1  1/4 cawan air sejuk - saya campur air sejuk n susu segar ckit (lebihan susu...)
    * 1 cawan gula perang
    * 1 sudu kecil esen vanilla
    * 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
    * secubit garam
    * 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
    * 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :

   1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
   2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
   3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
   4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
   5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
   6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Saturday, April 16, 2011

SiAkAp 3 RaSa

Assalamualaikum...

    Arini asben kata masak ikan siakap recp kat majalah anis, jadi ini la hasailnya. Asben kata sedap, 3 orang makan dah nak abis. Malam ni nak makan ape plak ek, sekor ikan xsampai 1 ari dah abis hehehe. Pepon, jom layannnn

Ikan Siakap Tiga Rasa
Recp asal : Anisani Village Resort
Sumber: Majalah Anis

Bahan A :
1 ekor ikan siakap - dibersihkan dan dikelar
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
* perap sekejap dengan garam kemudian goreng, angkat dan ketepikan.

Bahan B :
6 tangkai cili api-dihiris halus
3 tangkai merah-dihiris halus
3 biji cendawan kering-direndam dan belah 2
1 biji bawang besar-dihiris
sedikit stok(air rebusan)ayam
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar:
6 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia (sebesar ibu jari)
5 batang serai
3 biji asam masin(boi)-buang biji
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili, sos tomato,sos tiram dan sos plum(setiap satu dua sudu)
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Hiasan:
Hirisan daun bawang, lobak merah dan timun

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan stok ayam dan cendawan.
2. Apabila kuah dah pekat, masukkan hirisan cili padi dan cili merah, hirisan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
3. Apabila kuah masak sempurna tuang atas ikan dan hias dengan daun bawang, timun dan lobak merah...