Tuesday, July 5, 2011

BLaNdEd MaNggO CaKe

Assalamualaikum...

   Kek yang dah lepas baru nak post, adaptasi dari blanded orange cake digantikan ngan mangga. Tetap lembut dan moist tp kalau letak esen mangga atau emulco mangga ke pasti cantik dan harum (ade ke esen mangga ek hehehe). Saya cume letak pewarna kuning ckit tp xcantik gak wananya....sempat snap ni jer yang tinggal. Pepon jom layannnn :)

Monday, July 4, 2011

ApAm PeLaNgi

Assalamualaikum...

   Banyak hari dah xupdate blog, nak update jer, ade jer gangguan2 sampingan hehehe (anak le tu). Bila dah siap masak xsempat nak amik gambar, buat kerja itu ini tup2 dah tgah malam. Bila dah time tu malas dah nak update, anak dah tido kene la tido cepat2 sebab bila dah bangun waktu pagi2 buta tu, dekat nak subuh plak baru dia tido. Mmmm kadang2 memang malas nak buat kerja tu yang asyik tertangguh jer nak update blog.
    Apam pelangi ni buat jumaat malam bawak gi umah adik kat temerloh. Mak saya ade kat sana, sekali melawat n gi makan2 kat umah diorang. Lupe plak nak amik gambar lauk-pauk kampung yang dihidangkan, maklum la lame xmakan gulai pisang n sambal belacan ngan jeruk petai.....sampai terlupa hehehe.
   Warna apam ni xmenarik, sebelum kukus wananya dah terang tapi lepas jer kukus trus xnampak pelanginya :). Ape pon rasanya sedap dan lembut cam kek span. Lain kali kene cuba lagi...

     Recpnya saya amik kat k.ana (biras) xguna susu atau santan. Bahan pon xbanyak, sesiape nak cuba leh nengok recp kat bawah ni ek. Jom layannnn :)

APAM PELANGI
Sumber:  k.ana (biras)

Bahan2:


4 biji telur
1 cawan gula (blh di kurangkan kalau x suka manis )
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan baking powder
1 sudu kecil esen ..ikut nk guna esen apa pun..
1 sudu besar ovelet
sedikit pewarna pilihan

Caranya:


pukul telur dan gula hingga kembang.+ovelet dan esen..pukul lagi..campurkan tepung dan gunakan kaedah kaup balik dgn menggunakan senduk kayu..bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. titik pewarna..loyang lapik dgn minyak dan kertas. letak adunan setiap warna berselang sehingga habis..lorekkan adunan dgn kayu satey...ikut kreativiti anda...kemudian kukus selama 40minit.

Friday, July 1, 2011

PaNkEk CaRa

Assalamualaikum...

    Sebenarnya nak buat pankek bulat biasa tu tp tringin plak nak buat cam kaya ball :) try la buat dalam acuan cara, lambat plak. Teringat plak ada inti coklat banyak lg....letak la inti, mmmm lembut n sedap tp anak plak xmo jd makan sorang jer la hehehe. Recp amik ja recp pankek apa pon dan buat dalam acuan cara, susah ckit la nak terbalikkan dan kureng cantik ckit bentuknya...

    Mula2 tu buat dalam acuan cara la tp lepas je anak bangun trus wat bulat2 besau hehehe xsempat daaaa. Nak macam2 jenis pankek gi la blog CMG yg terkenal tu, macam2 pankek ada....Pepon jom layan :)

Wednesday, June 29, 2011

AppLe CrUmBLe

Assalamualaikum...

    Pagi nie sarapan apple crumble yang buat semalam. Kes nak abiskan 2bj apple yg dah lama dlm peti es tu, rasanya dah sebulan lebih dah kot hehehe tp masih elok lg. Makanya...terhasil la apple crumble ni, sebab senang jer nak buatnya dan dapat la satu acuan kecik tu...pepon jom layannnnn :)

Friday, June 24, 2011

iNti CoKoLaT

Assalamualaikum...

   Cokolat Filling dah lama buat tp baru arini nak post hehehe. Lupe plak, recpnya saya amik kat blog k.nor@secubit garam tu...best n sedap. Nak makan ngan roti semalam gi kedai roti dah abis plak. Nak buat ape lagi ek ngan inti coyat ni, mmmmm...pepon jom layan n leh nengok recp di bawah k :) TQ k.Nor & Puan Azlina Alias.....
CHOCOLATE FILLING (versi edit)
kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
250ml susu sejat
180ml air suam
180gm gula castor
60gram serbuk koko
60gram tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
60gram mentega
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
Masukkan mentega dan vanila.
Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Tuesday, June 21, 2011

DoNuT YoGuRt BaLL

Assalamualaikum...


   Donut ni buat semalam, memandangkan ada lg yogurt berries buat jer hehehe. Recpnya hasil intipan blog izah daut yang famos ngan mappin tuuuu :) TQ izah n sumber2 yg sewaktu dengannya, sedap n mudah nak buat.  Mintak ijin CnP cni plak ye....Jom layannn ;)

DONUT YOGURT
sumber: nollyarwen@myR
resepi asal : vediojug.com
CnP: izah daut


250 gm tepung gandum
80 gm gula *saya letak 3 sudu makan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
125 ml plain yogurt
1 sudu besar yis segera * saya guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
20 gm butter dicairkan
*saya tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak untuk menggoreng


* resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya:

    Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
    Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
    Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
    Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
    Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
    Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! =)

*saya jemputkan aja dengan tangan. Memang mudah dan sedap!!


Saya letak inti coklat yang dibuat semalam gak, yum2 lagi sedappp :)

Monday, June 20, 2011

SELAMAT HARI BAPA....

Assalamualaikum...

   SELAMAT HARI BAPA BUAT SEMUA BAPA2 DAN BAKAL BAPA2 1 MALAYSIA...esspecially...tuk somiku yang terchinta, terima kasih untuk segalanya. Ibu dan anak2 sayang walid ;) saya buat slice cheese cake xde topping sbb somi saya suke yg plain jer...kek lain die xmakan kecuali cheese, indulgence n coklat cake ;) nak belajar wat indulgence cake plak la kan w/pon nak buatnya leceh ckit. cobaaa jgn xcobaaa hehehe.

 
    Alamak nape gambar terbalik nie...padahal dah save cantik dah. Aduhhh, nak buat camne ek???? xpe la, layan dulu ek kek n kad ni buat tuk somiku n kad tu dari kakak tuk walidnya. Layan jer la...hehehe :)