Wednesday, August 3, 2011

KaRiPaP BeSaR PuNyAAAA!

Assalamualaikum...

   Sebelom tu saya nak letak dulu kad salam ramadhan dari izah ni. Baru arini saya leh update, banyak yang miss. Anak kecik ni xleh nak tinggal kejap, baru jer on laptop dah nangis.....banyak gak menu2 yg tertangguh tuk disiarkan :) pepon kita layan jer la yg terbaru k.

dari Izah, cantik kan? TQ izah...


   Asalnya karipap ni nak buat tuk berbuka semalam, sedang menguli tepung anak kecik dah nangis2. Kakak nak main pon xnak, nak saya gendong....terbengkalai tepungnya. Bila somi balik baru sudah uli tepung, last2 time sahur tadi baru goreng. Huh! adik kalau dah merengek tu sampai xleh nak buat keje ape pon dalam umah ni, nak berkepit ngan ibu huhuhu. 

   Karipap telur besar yang simple, cam karipap biasa kulitnya cuma kita besarkan dan intinya letak telur. telur tu cam kita nak buat telur dadar, letak bawang, cili n daun sup or apa2 bahan yang anda suke la...saya guna piring tuk letak lauk goreng tu lebih kurang 6inci, yg dalam ckit dasarnya. Canai kulit biar besar ckit dr pinggan supaya kita boleh klim nanti.

    Mak saya selalu buat karipap ni dan masa dia datang umah adik aritu xsempat nak letak kat blog nih. Lupe plak nak tanya kat mane dia dapatkan recp ni tp senang jer kan intinya tu dan kita boleh pelbagaikan inti mengikut kesukaan kita. Saya buat ni pon sebab somi dan anak suka giant karipap katanya dan leh abis 2biji. Pepon jom layannn sblom anak kecik kacau ;)

   Recp xde ek sbb semua orang tau kan camne nak buat karipap...cume gunakan piring yg dalam ckit dasarnya supaya bila kita lipat telur tu xmeleleh keluar dan mudah untuk klim tepinya....:)

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA....

Assalamualaikum...
 
 
   Salam Ramadhan buat semua kawan2 blogger, semoga dengan ibadah kita tahun ini akan lebih baik dan penuh berkat dari yang sebelomnya...sama-samalah kita manfaatkan dengan perkara2 yang lebih berfaedah :) layannnn 

Wednesday, July 27, 2011

CuCuR KoDoK PiSaNg DuRiAn

Assalamualaikum...


   Hari nie sarapan cucur kodok hehehe. Ada kawan2 cakap kalau buat cucur pisang campur durian sedap, arini cube la buat memang sedap n wangi lagi...Tambahan plak dicicah ngan kuah gulai semalam dan minum air kopi O, perghh memang terangkat lah :) Semua org tau buat cucur pisang kan? just tambah isi duyan jer.

   Tergendala sebentar, anak ngamuk nak nyusu. Tadi kasi xnak, ngantuk lagi tp xnak tido. Pas mandikan dah tidur tu....tergendala lagi nak update awal jd tengahari lagi. Susah betol nak update blog skrg, kdg2 smpai xupdate langsung huhuhu. Pepon jom layannnn :)

Monday, July 25, 2011

KeK OrEn

Assalamualaikum...

    Ni projek ari sabtu lepas, buat blended orange cake tuk knuri arwah kat umah kawan tp xjadi gi umah die sbb ujan...kirim ke somi jer dia gi malam tu tuk tahlil. Ni kali ke-3 buat, senang dan sedap kan? kali ni tambah kacang badam kat atas lagi sedap bila gigit terasa rangup. Pepon , jom layannn :) xde citer panjang2 kang anak kacau tertangguh lagi....

Saturday, July 23, 2011

iKaN TeMpRa NyOnYa

Assalamualaikum...

    Lauk ni buat semalam tp xsempat nak post...ni br nak post xpe kan hehehe. Sedap la, simple jer. Mulanya ingat nak goreng jer tp lepas intai2 blog jumpe recp ni, trus nak buat :) Lupe plak nak letak cili mesin ckit dan xletak kicap cam k.ummi sebab goreng jer ikan tu trus dah gelap, banyak kot asam saya lumur ikan tu hehehe. Pepon, jom layannnn :)

IKAN TEMPRA NYONYA
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen 
CnP: blog k.ummi

Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni)
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang putih - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Thursday, July 21, 2011

CREPES DURIAN

Assalamualaikum...

    Sekali pandang cam kuih ketayap la plak kan? ala....adik bradik le tu hehehe. Memandangkan ade duyan dlm peti es tu, jadi saya try buat nih.  Bila makan sejuk dan kalau ade eskrim lagi besttt. Saya letak isi durian ngan whipp cream yg picit tu jer....sedap la ngan kulitnya yg lembut.

    Kulitnya saya cube recp dalam asian food channel oleh chef Xu's tol ke tak ek, lupe dah. Dari Taiwan kalau xsalah la....Jom layannnn

Bahan2 :
250ml susu segar
2 biji telur
130gm tepung gandum
asen vanila (optional)
minyak salad@butter cair@ minyak jagung (agak2, saya letak 1 sudu besar)
sikit air, kalau adunan pekat 
caranya:
1. Satukan tepung dan telur, gaul sebati. Tambah susu, kacau. kalau pekat, tambah air sikit.
2. Tapis adunan dan masukkan minyak. Sapu pan ngan sedikit minyak@butter dan dadarkan menjadi bulat. Letak inti yang disukai, hidangkan....

Sunday, July 17, 2011

BuBuR NaSi

Assalamualaikum...

   Hari ni kureng chat, jadi makan bubur la sedap ckit tekak ni. Buat semudah yang mungkin sbb xlarat nak berdiri lama2, seram sejuk je badan ni. Layan jer la ek menu yang xseberapa ni, makan ngan sambal bilis dan telur masin. Jom Layannn :) 
    ok, malas nak cakap banyak...nak rehat jap :)